Sunday, May 30, 2010

Kelantan Darul Naim [Part 2]

11 comments

Vrooooommmmmmmmmm~

Begitulah bunyi mirip mesin fogging yang memfogging blog aku yang ade sarang nyamuk beranak-pinak neh.... Fuhhh~ Lama sungguh terbiar.
O.O Wahhh~ jarum suntikan dan sarung kondom pun dijumpai jugak... Teruk benar dah blog neh sebab lama xdijenguk weyh! Kalo dibiarkan maunye jadi tempat pemujaan Iblis ni nanti.

Hrmm...Atas permintaan peminat +__+ , aku ketepikan rasa penat aku neh baru balik dari keje *praktikal je pun* terus ke laptop untuk update blogku yang seindah biasa ni. *matila feeling blog no. 1 negara...pengsan*

Pejam celik, bangun tidur, kini dah masuk minggu ke-4 aku kat Kelantan Darul Naim, lebih spesifik di Kampung Kedemit, Wakaf Bharu. Dan selama itulah aku terasa sibuk bagai nak pengsan buat praktikal, dan tak sempat nak update blog, facebook, YM bagai. Bukan sibuk apa, penat bila balik kerja walaupun kat lab dah puas tido.

Kalau nak cerita satu-satu dari hari pertama sampai hari ni, mahu bengkok jari aku nak menaip, sebab terlalu banyak. Maka, cukuplah untuk korang tahu yang aku seronok tinggal di sini. Punya ramai kenalan baru ditempat kerja, jalan-jalan tempat baru....hrmm...macam-macam lah. Nak cerita detail memang maka masa separuh abad, maka cukup lah korang tahu yang aku sini sihat je, takyah la risau lebih-lebih *feeling perasan*.

Oh, tanpa segan silunya, berikut adalah gambar bacaan penimbang pada 20 Mei lepas.
Kan???Motif sengih-sengih? Nak kutuk aku gemuk la tu!! Sape la khianat aku melalui mesin penimbang neh???
Hahahaha...Before mari Kelantan, berat aku bawah 60kg ok! Lihat betapa aku sihat sejahtera di sini...
Matila time konvo nanti, badan dah serupa kodok.
Kodok. ONG~ONG~

Dah, dah!!! Cukup cerita pasal berat badan neh, SENSITIF! Bergetar-getar lemak perut aku dengar pasal berat badan neh..

Next, cerita pasal LI pulak a.k.a Latihan Industri. Untuk yang masih tak tahu lagi tuh, ni nak bagitahu yang aku ngah wat praktikal kat HUSM, Kubang Kerian, Kelantan. Dan dah dekat sebulan dah buat praktikal kat sini. Start dari minggu pertama kat Makmal Parasitologi, minggu kedua kat Kaunter, Minggu ketiga kat Makmal Mikologi dan minggu keempat yakni minggu ni kat Makmal Serologi. Nak citer malas, so, kita tengok gambar je lah ye.;-)


 
Di hari pertama LI, 2 Mei 2010.
Yang pakai baju biru tu lah teman se-LI aku kat sini. Dan rumah dia jugaklah tempatku berlindung dari panas dan hujan. +__+

 
 Makmal Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan.
Kat sini la, aku tiap-tiap hari pergi. Time ada kerja, tu memang sibuk lah. Time tade keje tu, gi la ceruk-ceruk mane kat lab tu carik tempat tidur. Pitam ok, tunggu berjam-jam nak balik.
FYI, pernah aku terlelap kat atas kerusi kat atas neh.

 
Ni pulak pelatih-pelatih Latihan Industri di tempat yang sama. Ada 14 semuanya.
Mengancam kan gambar-gambar dorang. Cube teka yang mana satu aku.
Motif aku censored kan nombor telepon dorang? Aku pun tak rajin nak censored-censored neh. Ikutkan hati nak je bagik tengok nombor dorang neh. Tapi atas sebab-sebab privasi, terpaksa la aku censoredkan. Huh? Korang pun tak ingin nak tahu? Tu korang k, korang ingat korang je yang baca blog aku neh? Ramai lagi yang baca ok! *matila riak!!!* Nanti aku kena saman atas tuduhan mencabuli hak-hak asasi dan privasi orang camne? Korang nak bayar?? JAWAB!!!
Kalau nak sangat berkenalan ngan dirang, email je aku, nanti aku sampaikan pesanan.

 
Gambar ni di amik dari Makmal Parasitologi. Ni macam cacing yang lam perut tu la. Macam familiar kan? Pernah tak korang kena cacing time kecik-kecik dulu, yang sampai gatal-gatal lubang punggung tu? Hah, ni lah cacing nye. Macam-macam jenis ada. Gi la Google. :)
 
Ni tragedi kebocoran siling Makmal Parasitologi. Habis Banjir satu lab ni *hiperbola je*.

 
Gambar ni pulak, di amik dari mikroscope Makmal Mikologi.
Ni gambar Candida albicans. C. albicans ni antara microrganisma yang common untuk didiagnose.
Sila buat further reading tentang C. albicans ni ye. Kat badan sape-sape ada benda ni.
 
 Ni kat Makmal Serologi.
Gambar result untuk RPR (Rapid Plasma Reagin) test untuk pre-screening Syphilis. *Reagin tu bukan typo ok! Memang aku tiru sebijik-sebijik dari manual book*
Takde pepe gambar ni sebenarnya, just nak tunjuk yang nombor 8 tu je. Ada agglutination. So MAYBE Syphilis. Tapi tak semestinya. Ni cuma screening je. Then proceed untuk confirmation.
Kalau patient nombor 8 tu confirm Syphilis, hahaha~ Sex rambang katanya... +__+

 
Ni time ada Majlis Kesyukuran kat Jabatan. Semua dijemput termasuk pelajar-pelajar Latihan Industri.
Maka, melantak la! Sampai kembung perut makan makanan free.
Oh ye, maybe 10 Jun ni, kami, palatih-pelatih Latihan Industri akan mengadakan jamuan untuk staf-staf jabatan. Hahaha~ Makan lagi!
So, nak announce sikit la, kat Kelantan ni, aku ada hobi baru, iaitu MAKAN. Sekian harap maklum.

Chakkk!!!! +__+
Sempena hari pertama kat Makmal Serologi.
Nyampahkan tengok gambar ni. Rasa nak picit-picit je pipi yang berminyak-minyak tu.
AWWW~

Hrmmm... Ni baru citer pasal kat lab. Gambar-gambar kat lab ni tak banyak sangat. Bukan apa, segan weyh nak bergambar kat lab tu. I kan pemalu. Tau la dorang akan cakap "ADE AKU KESAH", tapi tak molek bila lelaki melayu buat cenggitu kan? :) wakakkaka~
Tak cerita pasal kehidupan sehari-harian kat sini pulak and special event yang lain.

Aku sambung kat post akan datang pulak ye.
+__+"

Nampaknya, masa mencemburui kita. *tetiba* . Kita sambung part 3 pulak.

Sunday, May 9, 2010

Kelantan Darul Naim [part 1]

9 comments
[Mode penat dan sakit-sakit badan]

Sekarang bersiaran langsung dr Kampung Kedemit, Wakaf Bharu, Kelantan. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Kelantan. Errr....Atas alasan nak buat practical @ Latihan Industri kat HUSM, Kubang Kerian neh.

[Day 1]

Hrmm...Dari KL, aku bersama Izlan naik train ke Kelantan ni. Mungkin bukan untuk korang, tetapi ini adalah pertama kali aku naik train dan gi Kelantan. Ye lah, anak manja la katakan, nak gi mana-mana pun kena ada teman, lagipun naik kapal terbang je. hahahahaha. Sakit giler belakang naik train, yang kelas biasa tu, plus, kerusi tu xdapat nak turunkan. Sebagai akibat, aku pun tak selesa dan xdapat tidur nyenyak sepanjang 14 jam perjalanan tersebut.... :nanges:

OH, lupe part paling penting. Masa pegi KL Central, abng aku hantarkan. Hmmm...Sayang jugak dia kat aku dengan tidak membiarkan aku bersusah payah. :terharu lebih2: Lagi satu, kehadiran Ang Yi Hui dan Shahril Efzueni turut memeriahkan Kl Central hari tu. :sedih: terpaksa berjauhan dengan diorang. Setelah lama bersama, terpaksa ikut laluan keretapi masing-masing +__+.

If you both read this, I would like to thank u guys for being there for us. It's a very wonderful moment. And I wish we can meet again soon.
P/S: Donut Shahril bagik semalam sedap ^^

Pukul 8.30pm hari Jumaat bertolak dan kira-kira pukul 10.30 pagi keesokkannya sampai. Then dijemput oleh keluarga Pakcik Hadi sekeluarga membuatkan kedatangan aku seakan dialu-alukan. ^^

Well, nothing much to do right after we reach their house. Sampai je, Makan mi hasil belian pakcik Hadi dan Makcik Ani. Rasa bersalah sebab nasi lemak dan nasi kerabu yang diorang siap-siap beli tak dimakan, sebab aku tak pandai makan kedua-dua nasi tersebut. dan diorang beli mi goreng. T__T

Then kemas barang sket, pastu tido petang sejenak selama 2 jam. Pastu kuar gi PTK (nama supermarket) beli berus gigi...no..no..no..bukan berus gigi aku ye, berus gigi Izlan. Dia tertinggal berus giginya di Flat Bukit Angkasa nu.

Hrmm...Hari ni aku tak berapa sihat.Pening, batuk, selesema dan sakit-sakit badan. Haizzz...Maklumlah, badan orang tua, nak buat macammane...Korang jangan la risau lebih-lebih. I'm alright la.. :perasan nak mampus orang concern kat aku:  

Tu je wat hari ni...Sebab badan pun xsedap, penat je. Plus ngantok, maybe sebab makan Sirap Ubat Batuk Hurix tadi kot...

P/S: Rumah ni cantik sangat. I like... Nanti kalo I ada masa dan peluang, aku ambil gambar dan post...Kalau tuan rumah benarkan gambar rumah diorang dikomersialkan...

P/P/S: Malas nak upload gambar kat KL Central dengan Yi Hui ngan Shahril. Tak copy lagi, malas nak carik card reader lam beg. T__T

Sekian. [To be continued]


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails