Monday, June 28, 2010

Kena rogol

2 comments

Apa??? Kena rogol? Sapa? Sapa?

Saya? Oh tidak, mestila tak..Motif?Ni haa...

Choyy sangat kan? Merogol di khalayak ramai tanpa segan Tilu silu.

Sekadar mengisi masa bosan aku di lab neh. Mujurlah bawak laptop. Kalau tak, septic shock aku akibat keboringan yang melampau-lampau.

Oh, Sesungguhnya sangat bosan di Lab Mikobakteriologi neh. Rasa macam nak pengsan kebosanan.
Sakit mata kena baca mikroskop. Baru baca dalam 2 3 minit camtuh, rasa pening-pening, muntah-muntah gituh.

Sunday, June 27, 2010

Job

Time to look forward...o.o

Actually, aku tak tahu nak buat apa lepas konvo nanti. Keliru. Takut. Cemas.
Tetapi, semakin ramai kenalan especially bila buat practical, juruteknologi, pegawai sains, pegawai penyelidik, pelajar postgradute dll., pelbagai cadangan telah ku dapat tentang haluan hidupku selepas ini. Maka, telah ku buat keputusan untuk mulai mencari kerja sekarang. Walaupun sukar untuk mendapatkan pekerjaan sekarang, namun aku akan tetap bertawakal dan mencuba. Semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya dan mendapat petunjuk-Nya. Amin.

Namun, manusia cepat berubah. Mungkin selepas ini, keputusan aku berubah, tiada siapa yang tahu. Bak kata pepatah, "sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula manusia"...

P/S: Post kali ini lebih bersifat tawaduk dan lebih sopan akibat geloranya perasaan penulis tentang masa depannya. Sekian. :-)

Friday, June 18, 2010

Kena Tag

6 comments
Iols tetiba pengsan setelah ditagged oleh Iss89 sebab terlalu berbesar hati walaupun  dipilih oleh random machine katanya. +__+

Bagi menghormati kehendak keperluan dan pesanan penaja (Iss, 2010), aku jawablah soalan-soalan yang buat hari-hari aku terisi sikit malam neh. Wakakakaka *feeling Shakira Waka Waka* At least, bolehlah menghilangkan rasa bosan aku malam ni since aku takde buat ape-ape ni.

Soalan-soalan adalah seperti berikut:

1 . Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih name itu ?
BLOGKU YANG SEINDAH BIASA. Aku pilih nama ni sebab aku tak tahu nak letak nama apa. Tak mampu terpikir nama-nama yang meletop bak MONSTER, BUDAK KAMPUNG pelbagai. So, aku letak la nama blog ini persis lagu Siti Nurhaliza Seindah Biasa, yakni sesuai dengan tema blog ni iaitu blog biasa-biasa jah, tak macam orang lain nye blog. Tu pasal lah, jarang-jarang sekalik nak hapdate nye..+__+

2 . Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu ?
http://wanpunblog.blogpot.com. wanpunblog tu dalam bahasa Sarawak maksudnya 'wan punya blog' atau 'blog kepunyaan Wan'. Wan itu sah-sah la nama aku...+__+

3 . Apakah method dalam penulisan anda ? 
Hah? Method ape neh? Macam wat lab report lak. Keji sangat soalan. Baiklah, aku cuba jugak menjawab soalan hanjeng neh dengan sebaik mungkin. Method yang aku gunakan semestinya menaip. Aku taip apa aku rasa nak taip. Biarpun benda yang sekecil zarah pun aku akan tulis kalau aku mau...Wakakakaka.

4 . Pernah terasa nak hapuskan blog anda ? Sebabnya ? 
Pernah. Dan selalu terfikir nak delete. Especially bila dah berminggu-minggu tak update. Takde sebab, suka-suka nak delete. Boleyy?

5 . Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda dan ape kata mereka ?
Keluarga terdekat kah? Takde. Maka mereka pun tisak berkata apa-apa. Tapi cousin aku adalah. Dia kata blog aku best *matila menipu*.. +__+ 

6 . Apa perasaan anda apabile orang lain mengatakan bahawa anda punya blog ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda chantek ?
Erm...Takde lagi yang sanggup cakap blog aku buruk. Sume kate comel. *matila perasan* Tapi kalau ade gak yang kata buruk, huh!! siapla korang!!!!!! 
 
7 . Bilakah anda mempunyai blog ? 
 27 Februari 2010. Before ni pernah ada, tapi perlu ke aku bagitahu benda dah berkurun lama tuh?

8 . Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog ?
Izlan, merangkap bestfriend, coursemate, roomate, industrial-training-mate dan macam-macam mate lain lah.

9 . Apa perasaan anda apabila orang asyik mengatakan tentang blog anda di sekolah ?
Motif soalan????? Aku dah lama berenti sekolah. Dan kat sekolah aku takde blog lagik.

10 . 10 orang seterusnya untuk di-tag . 
Erkk...soalan susah ni. 
Hadoh, penat mengetag. Dahlah, malas nak tag lagi. Bukannya korang nak buat pun...^^
Ok, chow bedah!

Random entry

1 comments
Salam satu Malaysia kepada pembaca.

Tiba-tiba greeting penuh skema.

Ditemani bunyi kipas dan lagu Rossa, Hati Yang Kau Sakiti, aku tulis post ini dengan penuh tenang dan dengan perasaan yang kosong. Well, today is Friday, which means, cuti di Kelantan. Aku masih tertanya-tanya apa sebab musababnya di negeri-negeri Pantai Timur neh cuti hari Jumaat. Tak seiring ngan negeri-negeri lain. Nak tanya kat orang kat rumah neh, tetapi segan plak.

Ape-ape pun, hari ni pergi Pasar Jumaat yang mana tiap-tiap minggu kot pergi kat situ sejak minggu pertama lagi aku kat sini. Ini minggu ke-enam aku kat Wakaf Bharu. Maka 1 X 6 = 6 kali dah pergi ke pasar ni. Aku pun tak tahu asal aku pergi tiap-tiap minggu? Mungkin ada makanan kot. +__+

Minggu ke-6 aku kat sini bermaksud ada 2 minggu lagik nak habis practical yang buat aku pening. Best tapi bosan.Apekah maksud?

Hrmm...Maksudnye, tak lama lagi aku kat sini. Dan tak tahu lagi  kapan lagi aku akan menjejak kan tangan ke sini lagi. Secara sinopsisnya, Kelantan is not bad like what others say. Orang-orang kat sini ramah tamah Aidilfitri je. Kalau jumpe orang tak friendly kat sini, bukan orang Kelantan la tu. Orang Amerika kot. Tapi sepanjang aku kat sini, aku terasa kekosongan, macam ada ruang kosong di sudut hati aku ni *tetiba feeling cerekarama*. Mungkin aku rindukan kampung halaman kot. Rindu kat mak ayah, hrmm...rinduuuuuu~

Oh ye, anak itik aku mati hari ni *tetiba*. Beberapa minggu lepas, ayah kawan aku, empunya rumah yang aku stay  skang ni, bagik aku sepasang anak itik untuk aku main-main di sore hari. Baikkan pakcik Hadi ni. Ye die memang baik. Dan rajin. FYI, die seorang pembuat cendol, lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang ni. Kiranya dah pro. Otai cendol dah ni. Semoga, Tuhan limpahkan rezeki kepadanya. Berbalik cerita itik tadi, haa, tu la, pagi tadi tengok-tengok seekor je tinggal. Tetiba aku rasa pitam bagai nak pengsan, menangis meraung-raung meratapi pemergiannya. Gurau je. Motif meraung-raung bagai? Sedih je. Hrmm...

SO, aku dalam perjalanan menuju ke hari-hari terakhir di sini. Sedih siot...

Sekian.

Tuesday, June 8, 2010

Tuesday, June 1, 2010

Filem Hikayat Merong Mahawangsa (The Malay Chronicles)

2 comments
Filem epik terbitan KRU yang menelan belanja kira-kira RM8 juta. Class!! Diarah oleh Yusry Abdul Halim dengan barisan pelakon seperti Stephen Rahman Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Henrik Norman, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Dato' Rahim Razali, Ummi Nazeera, Nell Ng, Craig Fong, Keith Chong, Jehan Miskin, Cat Farish, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam, Cico, Vanidah Imran dan Faiz Aizuddin Azmi pemenang drama pendek ERA. Dijangka akan ditayangkan tahun hadapan. 
 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails