Monday, April 30, 2012

Promoter T-Toothbrush yang Confident

0 comments
Hola-bola!

Panas betulkan malam ni?
Global warming is killing me.
Nak tido pun tak selesa sebab berpeluh-peluh.

*bumi bagai direbus dalam tabung uji makmal uolss. Panas.*

Lupakan kisah tu, kita berbalik pada tajuk entry aku, nak dijadikan cerita. Hari ni, yakni tanggal 29.4.2012 (Semalam sebenarnya +_+), aku ngn BFF singgah kat kedai farmasi, gigih mencari glucose powder untuk anak-anak bulus kat rumah. Farmasi ni terletak kat tingkat bawah Mid Valley, yang AEON punya tu. Ape ntah nama farmasi tu, lupa.

Sedang tawadduk mencari glucose tu, terserempak la dengan produk berus gigi style alaf 21 katanya. It is a toothbrush but the shape is slightly different compared with the ordinary one. Namanya T-Toothbrush. Kelas namanya. Berus ni macam berus biasa, cuma bentuk T. Confuse lagi? Nah, gambar.

Ni yang biasa punya.


Ni yang T-Toothbrush.

Sedang impress dengan produk tersebut, datanglah promoter berus gigi weird itu. Promoter tu wanita berbangsa Cina dan usia lebih kurang 40-an.

Lantas, beliau pun berkata:

"Ni berus gigi lain dari yang biasa"

"Beli satu, percuma satu. Kalau ada Membercard, RM7.90, Kalau tak, RM8.90"

"Berus gigi ni bagus, boleh berus macam ni" *sambil demo camana nak guna*

"Kalau berus biasa macam ni saje" *sambil demo macam mana berus gigi biasa bertindak"

Dia demonstrate ala macam ni la secara visualnya:

Ni kalau pakai T-Toothbrush. Kiranya boleh sampai kat celah pelosok gigi. Boleh sental taik-taik ogek yang tegar. Lebih efektif katanya. Sapa-sapa yang kerap daging ayam ke, cili kering ke, yang lekat lepas makan tu, haruslah beli berus gigi ini.


Ni kalau guna berus gigi biasa. Kononya celah-celah xsampai uols. Jadik, plak-plak gigi and whatsoever nonsense akan senantiasa bermastautin kat celahan tu secara kekal.
 Sadisnye sape guna berus gigi camni, tak boleh nak berus dari arah lain ke. Memang peraturan ke kalau guna berus gigi biasa berus kiri kanan sajok? *rebah*

Dalam hati aku masa promoter tu gigih demo cara guna berus tu:

"Bukan berus gigi biasa pun boleh berus macam tu jugak ke Auntie *sebab lebih tua dari aku*"
*DALAM HATI SAJE*

Secara visualnya macam ni:

Kan? Betulkan? Correct me if I'm wrong. Kesannya macam sama kalau berus secara ke atas dan ke bawah guna berus gigi biasa.

Whatever lah.

Yang penting, belilah T-Toothbrush ke, Z-Toothbrush ke, G-Toothbrush ke, kalau berus 2 hari sekali, bersampaah sarap jugak gigi uols itu.

Motif sangat la makcik ni kan?

Aku pun malas nak layan, aku senyum, cakap "Takpe la, nak jalan-jalan dulu" (sedangkan nak berambus terus, sebab glucose tak jumpa pun), then blah begitu sahaja terus menuju Watson level 2.

Kadang-kadang promoter ni lucu jugak. Tapi, ape-ape pun, dorang carik rezeki halal, at least dengar jugak la ape dorang nak cakap walaupun annoying sikit, kadang-kadang tu ikut kita kesana kemari dalam kedai tu, dah macam pak guard dah. Then, kalau tak nak, cakap elok-elok, then ucap thank you. Treat them as human jugak. Dorang carik rezeki. 


*sekadar hiasan*

Apa ko fikir senang ke keje jadik promoter? Aku dulu abis form 5, buat part time promoter MILO wokkey! Tapi, aku tak payah promote berbagai sebab sape tak minum Milo uols? Customer sendiri datang, amek Milo. Aku tak perlu bukak mulut nak promot. Berdiri tepi gondola buat muka cute sajok * Larik!*, Milo sentiasa habis je, nak kena topup selalu.

Rasanya tu saje entri hari ni, hambar bukan?

oktengsbabai~

P/S: Belilah T-Toothbrush tuh, macam nak cuba tapi not this time. Ape kata korang cuba dulu? Kalau best, roger aku. *Wink...Wink...*



Sunday, April 29, 2012

Another Durian Pancake Story [Sumptuous Desserts]

0 comments
Hi. 

Aku ada benda nak promote ni. 
*Intro yang tiba-tiba*

Penggemar Durian Pancake. BE ALERT!!!


Kalau previously aku ada cerita pasal pancake durian Sweet Chat menginzalkan, hari ni aku dapat tahu ada satu lagi pancake durian yang lebih kurang 99.99% sejibiks rasa nya, cuma rupa parasnya sahaja lain sikit. 

Plus, lebih murah.
Dalam satu paket tu ada 6 pankek Durian dengan harga RM10 sahaja!
Nama kedai tu Sumptuous Desserts.

Tadaaaa!!! 

Kejadian yang menemukan aku dengan pancake ini adalah bila aku dari beli milk tea Chatime (Ni pun satu favourite aku. Kalau keluar je, Wajibul-Ghunnah kena cari Chatime dulu. Biasanya, aku beli dengan BFF aku yang aku penah mention dalam post aku dulu. Next time aku promote Chatime pulak ye. Yelah kan, blog ni pemilik Si Gemuk yang suka makan, post haruslah ala-ala Jalan-Jalan Cari Makan kan?)

*straight to the point, please*

Dari Chatime yang dekat laluan dari Mid Valley ke The Gardens kat tingkat LG tu, nak ke Mid Valley balik, terjumpa ada satu gerai tengah-tengah tu, yang jual macam-macam perasa pancake. Kalau tak silap, stall tu depan Homi Chicken Curry Puff (karipap besar tu, pun sedap jugak). Dekat dengan restoran Rak Thai.
Gerai tu kecik je, tajuk kedai tu Sumptuous Desserts (Dah 2 kali ulang nama kedai)
*agak pening sungguh direction. FAIL!*

Nah kalau masih confuse.

Gigih ok edit map walaupun sedikit fail di situ.
Yang penting, apa yang aku nak explain tu sampai kat korang.
*err...sampai ke*

Ni peta untuk yang dekat The Gardens sajer ye. 

Macam-macam perisa ada dijual, tapi disebabkan aku adalah Kipas-Susah-Mati Pancake Durian yang Tegar, Haruslah beli penkek durian dulu kan?
Yang tak suka durian tu, beli lah perisa lain.
Hahahah *Hambar*

Sedap Dowh. Mungkin jadi 'benda-wajib-beli' kalau keluar selepas Chatime.
Yum-mehhhh!!!!

Try la.
Highly recommended for those yang suka pancake Durian.

*Google punya Google, terjumpa facebook page Sumptuous Desserts, tapi tak boleh bukak sebab takde facebook -rebah-*

Sampai sini saja laporan hari ini. Sekian.




Wednesday, April 25, 2012

Pancake Durian SweetChat yang Mengiurkan *Orgasm*

2 comments
Baiklah, malam ni nafsu makan bergelojak ibarat kucing-kucing aku meronta-ronta nak keluar kalau diletak dalam kandang. (huh~?apakah kaitan)

Whatever it was, teringat dowh dengan Pancake Durian SweetChat yang mengghairahkan tu.
*daya sexual pada makanan, matilaaaa*

*teringat je dah terliur uols*

Pernah tak makan Pancake Durian kat SweetChat? Very highly recommended dari aku, pakar merasa makanan yang sedap~ Larikan diriiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

Harga dalam RM7.++ camtu. Tiga biji jah uols. Nafsu baru nak klimaks, dah habis 3 bijik. *sigh*

Harap korang semua cuba, at least once in a lifetime uols. Pergi sekarang. Cepat!


This weekend aku kena dapatkan pancake ini. Cross the heart.

Korang bila lagi?

Pengalaman Pertama Mandulkan Kucing

13 comments

Assalamualaikum.


Kali ni rajin pulak nak update. Bila malas tu sampai berbulan baru nak update, kalau rajin sangat tu sehari sampai 2 post.

Well, aku nak kongsi sikit pengalaman pertama aku memandulkan kucing.
I never spay/neuter any of my cats before. Ye la, dulu duduk rumah sendiri kat kampung, kucing beromen banyak mana pun tak kesah, rumah besar mampu untuk menampung anak-anak kucing. *Matilah riak!*

Tapi kini, kerja di negeri orang, tinggal di apartment, bilangan kucing perlu dikurangkan. Plus, kita disarankan untuk memandulkan kucing kita yang memberikan banyak kebaikan tanpa kita sedari, seperti berikut: 
(Dipetik bulat-bulat dari blog S.C.R.A.T.C.H)


Kebaikan kepada pemilik haiwan:
1. Haiwan peliharaan yang dikasi/dimandulkan menjadi lebih manja
2.  Kucing jantan yang dikasikan akan kurang kencing memancut merata-rata.
3,  Haiwan yang telah dikasi/dimandulkan akan kurang menggigit dan agresif.

Kebaikan kepada haiwan peliharaan:
1. Haiwan peliharaan yang dikasikan/dimandulkan hidup lebih sihat tanpa risiko kanser prostat dan ovari, dijangkiti penyakit kelamin dan kanser payudara.
2.  Haiwan peliharaan yang dikasi akan kurang keluar merayau keluar rumah dan bergaduh dengan kucing-kucing lain.

Kebaikan kepada komuniti sekitar:
3.  kebersihan dikawasan kejiranan lebih terjamin kerana pembiakan kucing/anjing yang terkawal.
4.  Pusat perlindungan haiwan terbiar akan lebih terurus dan akhirnya tiada haiwan yang perlu di-PTS kerana kekurangan ruang untuk mereka di pusat perlindungan haiwan tersebut.


Ini adalah DAYANG. Masa dia baby dulu, aku jumpa dia kat bawah blok apartment aku ni. Aku amek dan jaga sampai dia dah besar.

Ni Dayang masa malam pertama aku amek dia. 23 Jun 2011.
Ni gambar Dayang diambil pada 2 Mac 2012.


Cantik dan ayu kan?
*rebah*

  Dipendekkan cerita, aku decided  pada 4 April 2012 untuk kasikan Dayang.
*FYI, she did give birth to 4 cute and healthy kittens*
Pemandulan dilakukan di Rain Animal Center dekat Seksyen 18. Dengan kos RM150
*harga tertakluk pada klinik masing-masing*
Cuma klinik ni direcommend oleh kawan aku.

Hantar Dayang ke sana pukul 11, aku di suruh balik dan boleh ambik petang atau esoknya. Aku pilih untuk ambil Dayang petang tu jugak.
*Biasalah, first time, risau nak tinggalkan Dayang kat sana sorang-sorang sebab tak pernah biar dia kat tempat asing sorang-sorang*
So, petang tu pegi balik klinik tersebut dan Dayang sudah sedia diambil.
Cuma aku disarankan oleh pekerja situ untuk ambil esoknya sebab lepas surgery tu, kucing akan mengalami apa yang diorang cakap 'mabuk bius'. Pada mulanya aku ingat, mabuk yang dimaksudkan tu, Dayang maybe akan pengsan or mamai, so aku fikir, ok lah, petang dah boleh ambil.
Tetapi, bila tiba kat klinik tu petang tu, baru aku tahu mabuk yang dimaksudkan tu macam mana.
Dayang jadi aggresif dan nampak takut dan bersikap sedikit protective. Nak pegang pun tak boleh sebab takut kana cakar. Even aku tuannya pun dah tak kenal.
Jadi, doktor tu amik kain tebal, pegang belakang tengkuk Dayang dan masukkan dalam sangkar yang aku bawak. 
So, LESSON LEARNT! Lain kali boleh biarkan kucing tu semalaman kat klinik, baru ambil. 

Apa-apa hal pun, kesan 'mabuk' tu hilang pukul 11 malam hari yang sama. Boleh dipegang sikit-sikit, tapi still ada unsur-unsur baran. So, bolehlah belek bawah perut dia tengok how the scars looked like. Kesan pembedahan tu tak lah besar mana, dalam 3cm je dengan 2 jahitan.

Nampak tak jahitan tersebut? Perut dia pun seksi sikit sebab kena shave. Gambar diambil pada 5 April 2012.
Ni lepas 1 minggu lebih lepas surgeri. Jahitan pun terbuka sendiri, bulu pun dan tumbuh. Scar tu macam tak nampak sangat. Gambar diambil pada 25 April 2012.


Alhamdulillah, Dayang OK je. Lepas surgeri tu, Dayang lebih aktif dari biasa, keaktifannya lebih dari anak-anak beliau. Badan pun dah berisi sikit dan lebih manja dari dulu. 
Whatever it is, Dayang is my precious and Papa will always love you.
*tibe-tibe*

Jadi, dengan ini, marilah kita sama-sama membendung masalah gejala sosial kucing-kucing jalanan di luar sana dengan memandulkan binatang peliharaan anda Kes pembuangan bayi kucing pun boleh dikurangkan uols. 
If we not change, who will?


Well, alang-alang ni, aku nak promote website Kucing terbiar, Anjing Jalanan @ S.C.R.A.T.C.H [tekan link] yang aku ikuti sejak dua tahun lepas. Dekat situ ada macam-macam info tentang kucing, pemandulan, dan juga diorang selalu mengumpul dana untuk subsidi pemandulan kucing yang diorang kadang-kadang iklankan di website tersebut juga. Pelbagai aktiviti menarik jugak dianjurkan oleh mereka bagi mengumpul dana dan sekaligus bermesra sesama manusia. Apa-apa pun jenguk-jenguklah website dorang untuk info lanjut dan aktiviti mereka. Support them and love your pet!


Lastly, aku suka nak petik iklan dari PeTA [link].
ALWAYS ADOPT, NEVER BUY!
 
 
 
 

Banyak lagi kucing-kucing@anjing-anjing terbiar kat luar sana yang perlukan tempat berlindung dan kasih sayang.How could the animal as cute as cats tinggal di jalanan? They deserve good quality of life too.
*terasa sikit dengan slogan di atas, sebab aku ada beli sekor kucing ala-ala siam, sebab kepingin sangat kucing siam uols. Tapi sekarang dah tak beli dah. Namanya Embun, lain kali aku citer pasal kucing aku yang lain lain ye ;)*

 *Embun*
 Sekian saja untuk entri kali ini.
Sampai ketemu lagi di masa hadapan.
Bye!



I come back with Lily's Disney Surprise! [Video]

0 comments
Opocot Mak Kau!

Terkejutkan? Lama menghilang, kini muncul secara tiba-tiba.

Antara alasan blog tak update:
1. Busy giler nak mampus. -busy sgt ke masalahnya- busy lah wey, apa aku ni takde keje lain nak update blog saje? *emo secara spontan*
2. Takde benda nak tulis. Karang aku update segala rutin harian, nanti kena tegur macam diari kehidupan pulak.
3. Malas. FULLSTOP. No further explanation for this point. *rebah!*
4. Above all, aku sedar yang blog ni akan di update kalau aku benar-benar bosan, stress atau memang dah takde benda nak buat. Blog ni hanya diingati ketika susah sahaja hendaknya. Larikkkkkkkkkkkk.

Ok, persetan semua alasan-alasan seperti yang di atas. Apa aku nak highlight sebenarnya aku takde benda nak buat, and that's the reason why aku update blog yang bersawang-sawang, bertaik lipas, air kencing tikus pun hade. KO HADE?

  
Sawang. +_+
Lipas dan taik lipas. +_+




Kencing tikus. *kencing manusia sebenarnya tapi anggap kencing tikus boleh?
HOI GAMBAR TAKDE KENA-MENGENA!!
MAAF!!

P/S: Perasan tak dah tukar header kat atas nun? Walau tak seberapa lawa, tapi aku kagum dengan keupayaan aku edit beliau dalam keadaan gelap . Aku memang seorang yang tabah orangnya. Sebelah tu pulak ada Twitter aku, follow la. Sekian.

OK sebagai penutup, aku nak korang tengok video ni. Video ni macam famous sebab siap ade talkshow invite budak ni untuk ditemuramah. Kalau korang dah tengok pun aku paksa korang tengok balik. I'm very addicted to this video sampai aku download dan aku tengok ulang-ulang lebih 5 kali sehari selepas makan. Motif kata kau? Entah mungkin budak ni comel or aku yang terharu dengan video ni *put myself into her shoes katanya*. Mungkin aku terlewat sikit tengok video ni dari korang semua. So what? 

 Well sinopsisnya adalah, budak itu namanya Lily, mak abah die surprisekan die trip to Disneyland for her birthday. Kehangatan surprise tu amatlah dirasai oleh Lily sampai nangis keluar hingus pelbagai.
Tajuk video ni kat youtube adalah Lily's Disneyland Surprise , viewer setakat aku tengok adalah 8,582,444, diupload pada 3 Oktober 2011 (ala, tak la lewat sangat aku tengok *buat muka kerek*)

Tengok kat bawah ni.


Dah? Tersentuh tak? *rebah* 
 *pengsan*


Baiklah, sampai ketemu lagi beberapa bulan yang akan datang! *sarcasm pada diri sendiri*


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails