Monday, August 25, 2014

DIY Cat Litter Box - Mengurangkan masalah pasir bersepah??

11 comments
Mihmihmih~ setelah 2 tahun merantau, baru sekarang ada masa untuk menjenguk blog yang suram dan bersawang-sawang ni.

Sebelum nak cakap panjang lebar, moleklah dulu saya vacuum sawang-sawang dan habuk-habuk kat blog ni. Lama sangat terbiar ni. Vroom~~~~~~~


Ok. Sape-sape yang memelihara kucing indoor mesti mengalami masalah litter box ni. Kalau kucing tu jenis nak mengais-ngais sebelum memerut atau mengencing, memang separuh pasir yang tadi duk lam litter box dah kat luar. Mana tak nya, litter box yang dibeli rendah sgt, kisahnya, sekali kucing tu kuis, pasir-pasir semua habis kat luar. Maka, cleaner yakni, owner kucing tu, terpaksalah tertonggeng-tonggeng sapu balik pasir kat luar tu bawak masuk lam litter box. Itu kalau pasir bersih je yang kat terkeluar, senang lah just letak balik (kalau saya vacuum je, then letak balik). Kalau terkuis sekali najis yang fresh keluar, pastu pulak menepek kat lantai, naik hantu la nak mencuci lantai tu lagi. Uols semua mesti pernah mengalami benda ni kan.

Yuck ke tak yuck ?

I pakai jenis komersial yang dinding tepi dia rendah tu dah lama, so, until one day, penat dah nak sapu balik pasir kat luar litter box tu and sedar banyak kekurangan guna litter box dinding tepi yang rendah sebab kucing saya jenis mengais-ngais yang bersungguh-sungguh. Antaranya disadvantage gune litter box komersial dinding tepi yang pendek tu adalah;

1- Of course, korang akan perasan pasir yang terkeluar lebih banyak dari pasir kat dalam litter box.

2- So, korang akan gune lebih banyak tenaga nak bersihkan pasir kat luar litter box dan yang kat dalam jugak. Ni I rasa stress bila pulang kerja. Penat-penat bali kerja, kena marah boss lagi, itu lah, ini lah, pastu balik-balik tengok pasir yang terkeluar beserta taik-taik pun ada sekali, I biasanya akan menangis dulu, sambil baring dengan badan penat pastu baru bersihkan.

3- Kalau taik-taik sekali terkais, of course akan buat tempat litter box tu kotor. Bila dah ada bau-bau tahi atau air kencing kat lantai luar box tu, kucing akan tend to kencing /memerut jugak kat luar box tu sebab ada bau-bau hancing die kat lantai tu. So nak tak nak, korang kena sental jugak lah lantai tu. (I pembersih orang nya, kalau kotor sikit, nak kena basuh banyak kali, sebab macam tak yakin kalau lap gitu-gitu je, so I memang akan stress bila benda ni jadik. Gittuh.)

4- Masa pun terbuang sebab selain nak scoop taik kat dalam box, korang nak bersihkan yang kat luar pulak. Leceh kan? Kalau korang jenis lambat bangun pastu pergi kerja asyik lambat je, memang stress lah pepagi.

See, perasan tak banyak perkataan stress kat situ. Ya, I memang mengalami benda tu dulu. Mihmihmih~ Nak marahkan kucing pun dorang bukan tahu pun. So, setelah baut banyak research, google sana sini, terbaca satu blog ni tukar litter box biasa dengan DIY punya. Yang lebih tinggi dinding tepinya, dah lagi convenient. Kos pun rasanya, yang DIY punya lagi murah dah tahan lama. Dan yang paling best, lagi senang nak handle. Korang pun cubalah. Mana tahu menbantu menyenangkan kerja. Jom, kite go through cara-caranya.

1. I guna storage box plastic. Sebab nak kurangkan kos, korang cariklah yang murah je. Jangan la beli mahal uols. Sebab, sah-sah DIY ni sebab nak jimatkan kos, kalau beli yang high kualiti plastic import dari Kazakhstan  lah, Republik Chech lah, plastic anti lebur lah, memang la mahal yang amat. Tak payah, tak payah. Kat Aoen, kadang-kadang dorang buat sale storage box besar bapak boleh muat seratus ekor (menipu tak?) dengan harga less than RM15. Aku ingat lagi, time tu aku beli 4. Lagipun, mahal-mahal pun tak guna sebab lam setahun digalakkan tukar untuk tujuan kebersihan. Kesan cakar-cakar kucing time diorang menguis tu, bakteria membiak dalam tu boleh membahayakan, so kena cuci bersih-bersih then tukar kalau dah sampai masa. Ok, before start korang sediakan pisau pemotong atau gunting atau ape-yang boleh potong plastic. Storage box untuk demo ni saiz kecik je tau, sebab ni untuk kitten nye. Ikut korang lah nak saiz yang macamana.



2. Guna marker korang mark la pintu untuk masuk litter box tu. Kira macam pintu toilet la. Ikut mane tak kisah. Ikut kreativiti dan convenience tempat korang nak letak nanti. Digalakkan biarlah korang tinggalkan sikit bawah pintu dia tu dalam sejengkal setengah camtu. Sebab pasir biasanya at least seinci tebal korang nak letak nanti kan. So pandai-pandai bajet ukuran pintu tu dari dasar.



3. Dah yakin dengan keputusan pintu tadi, so korang potong lah. Ikut line yang korang lukis tadi. Mula-mula aku guna cutter paper dia tu. Memang macam hanjing. Patah-patah cutter aku. Then, aku gune pisau dapur. Struggle sikit tapi better dari cutter. So korang nanti, pakai gunting dawai tu lagi better tau.





4. So, dah potong tu bersihkan sikit. Buang mana-mana edges yang tetajam tu. karang luka bontot kucing korang I tak tanggung. Sebab kekurangkan alatan, I just kikis je guna pisau td.



5. So siap lah litter box yang lebih jimat dan bersih. Masa kitten ni kecik boleh la dorang masuk with the lid tu. Dah besar, tak muat, aku cabut je lid tu. Korang tak payah letak pun tak ape. Guna untuk kipas satay.





Korang kalau jenis yang suka barang yang lebih memudahkan kerja korang dan tak pandang how it's look like, boleh la cuba. Di akui, memang nampak tak lawa dari litter box kat kedai tu. Tapi bagi I, lagi senang kerja. Pasir pun tak tumpah. Pastu pulak, less than RM20 tu boleh dapat saiz yang besar. of course la kucing-kucing I berak dengan aman, macam berak kat padang pasir. Kalau korang rajin, hias-hias la sikit kalau nak nampak cantik. Tapi I malas sikit nak hias-hias. So biar je camtu.

Another tips, pintu die tu kan, certain-certain kucing, dia kais pasir tu ganas tau. So still ade terkeluar-keluar, tapi sikit la. So untuk sangkar besar yang bertingkat-tingkat tu. I tak potong pun pintu. Letak box macam tu je. memang tak terkeluar langsung pasir. Dorang pandai-pandai melompat masuk. Kuar pun lompat. So far, okay je. So, korang bolehla cuba ya. Nanti upload kat Instagram, tag I sekali, nak tengok cemane korang buat, 

@syafiiespuan **siap promote lagi **

Kalau lagi kreatif I boleh jadikan inspirasi.

Selesai satu masalah korang kan. Happy tak?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails