Tuesday, March 30, 2010

Malam Earth Hour 2010

Hello Malaysia!!!!!

Sekarang bersiaran langsung dari McD ss14. Dengan sume orang khusyuk study, wat thesis, makan-makan, edit gambar, google-ing dan aku.....berfacebook tanpa segan silu di hadapan kengkawan aku yang tengah gigih mentelaah...+__+

So, aku menampakkan diriku persis orang tengah taip thesis bagai, sedangkan aku sedang menaip post ini...

Ok, sekarang nak citer malam Earth Hour hari tu. Gigih aku bersama-sama roommateku, Izlan beria-ia menyambutnya, plan nak gi KLCC seminggu lepas, namun akibat report dan assignment yang mahabanyak, kitorang menyambut Earth Hour 2010 dalam serba kekurangan dan bertemankan report Microbial Pathogenesis. +___+ pengsan buat thesis last-last minit neh...

tau tak ape itu Earth Hour kawan-kawan? *persis suara cikgu tadika mengajar kanak-kanak tulis baca*
Earth Hour ni salah satu program kesedaran peringkat international oleh WWF, bukan World Wrestling Federation ye, program tv berunsur lucah dan ganas tu +__+ tetapi, World Wide Fund. Program berbentuk simbolik ni adalah antara langkah-langkah untuk menyedarkan insan seluruh dunia ni tentang global warming yang melanda dunia sekarang. Kan? Terasa kan panas sekarang, bagai kena panggang+__+, kalo tengah hari tu kena berjalan kaki 100 meter pun maunye ketiak ni berpeluh-peluh dan berbau busyuk...T__T. Earth hour ni disambut pada Sabtu terakhir pada bulan Mac setiap tahun. So,tak yah nak tanya-tanya tak kira kat Yahoo!answer ke hape ke...pandai-pandai kire sendirik ye...:)

So, pada hari tersebut ramai lah orang tutup segala-gala alat-alat electronic, lampu, TV, laptop, lampu picit, lampu kelip-kelip, air-cond, mesin pengisar, mesin pengkukur kelapa, peti ais (matila bau busuk makanan lam peti ais tuh). Tapi paling sedih kalo, culture room kat department Biotech Shahril tu tutop.*pengsan*.Nanti adelah status kat fesbuk 'Dedaunan kelayuan' bagai...First Earth Hour ni pada taun 2007, dan di buat kat Sidney...Selanjutnye gi google taip 'EARTH HOUR" k. ;)-sumber wikipedia.

Aku dah tertido kul 7pm ritu, kul 7 lebih tu, aku terbangun bagai orang kena sawan lantas berkata, " Lan, jom sambut Earth Hour! *dengan mata bersinar-sinar*". So, kul 8.30pm tu, terus tutup lampu sume, kecuali laptop (report writing time tu tengah berlangsung) dan kipas (matila kalau tutup, anak raja Sultan Md Abd Hadi tu xtahan panas. *larikkk).


+__+ gambar kabur gara-gara tangan menggigil-gigil teruja Earth Hour...Masih menyala-nyala kan lampu The Garden tu...T___T Taun lepas dorg tutup, hangat-hangat taik hanjeng...takpe, takpe, xwajib pon :)


Terang laksana bulan lampu tapak pembinaan itu +__+ mampusla kalo dorg tutup. notis pemberhentian kerja notis 24 jam!

^__^ 3 layer tea, sebab xmo bergelap selama sejam, ktorang pun turun minum...

*bergelap* penampakan entiti kat anak panah kuning itu...+__+

Hrm...then, selepas sejam bergelap, sampai mata naik berpinar-pinar, lampu pun dibukak. Report pun disampbung sepantas kilat dan tumpuan sepenuhnya seolah-olah Earth Hour tadi xberlaku. Akhir cerita, report pada hari sabtu tu tetap jua di print awal pagi isnin tu, dengan mata bengkak-bengkak sebab stay up dan pegi kelas macam nak pengsan..@__@

So, diharap program seperti ini dapat sambutan pada tahun depan bagi menyokong acara simbolik ini. Dunia ni makin panas. Tak mustahil 2 3 tahun akan datang, dunia ni akan kering macam ikan kering kalo usaha-usaha untuk menangani masalah global warming ni tak mendapat sambutan...

Moral of the story: Jangan tangguh-tangguhkan kerja, kalau report ke assignment ke, lecturer suruh hantar hari Isnin, jgn pukul 11 malam hari Ahad tu baru gigih nak wat...

sekian...Chill!

No comments:

Post a Comment

Leave your nice comments here~ hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails