Thursday, April 1, 2010

"Your voice is too soft" & Ko-K day

Salam sumer~

Hari ni hari yang penat. Malam tadi bersengkang mata kat McD, balik kul 6 pagi. Balik-balik terus tido dan bangun lagi pukul 10...*kepala rasa berbisa o.O*. Then, dengan mata kuyu dan kepala sakit, aku pun gi la kelas Patho ngan Food rini. Dalam kelas food, aku SENTAP~

Quote of the Day:

"Haiya...your voice is too soft. You cannot be a teacher, FULLSTOP."


*tergamam* motif ade perkataan FULLSTOP itu..T__T

T__T xde komen tentang itu, cuma aku mampu tertunduk diam dengan selama 10-15 saat sebelum semua coursemateku berhenti memandang aku dan kembali fokus kat ape yang Prof Thong ajar...

Starting from now, aku akan mempraktis menjerit-jerit dan belajar vokal secara intensif dengan penuh gigih dan tawaddu'.



Oh, hari ni hari Ko-K UM, dan aku dan Izlan tak melepaskan peluang tengok kat pameran-pameran dan memberi sokongan kepada coursemate-coursemateku yang baru amik Ko-K sem ni...

Itu dia Izzah ngan hasil karyanya...

Lukisan Izzah yang bertajuk "Rumah Tradisional" (sesuka hati aku je letak nama lukisan orang). Teringat zaman dulu-dulu time ak amik Asas Seni Halus gak...

erkk~ *gambar ni sesajer amik, abaikan butang seluar jeans tersebut* ni la lukisan aku dulu yang bertajuk SITI NURHALIJAH...*terkenang-kenang lukisan abstrak yang satu tu*

+__+ sila abaikan manusia berbaju biru yang tidak senonoh itu...Ini plak courmate yang sorang lagik(tudung biru itu ye, bkn si jijik berbaju biru tu), amik keroncong untuk Ko-K die. *teringat time wat lab, die dok pasang lagu keroncong, terdengar sorak sorai suaranya yang agak membingitkan~* Dengar citer keroncong dorang neh, menang nombor 3 hari Ko-K tu. Tahniah and no further comments. Ko memang mantap +__+...

So, dengan tu, habis la KO-K dorang, tak perlu ko nak susah payah p kelas Ko-K lagik, teruskan dengan aktiviti tidur petang korang yang tertangguh selama satu sem....Thesis jgn lupe, next week kot due date...+__+

Cakap sal thesis neh, dah seminggu ak mencarik di mana gerangan supervisor kesayanganku yang main sorok-sorok neh, time ak gi bilik die takde plak, aku rasa draft thesis aku tu dah berbau acid lactic kot akibat die ferment draft aku tu lama-lama lam bilik die...+__+


pepe pon,
~Semoga dipermudahkan-NYA~


*mode tak sabar nak graduation*

No comments:

Post a Comment

Leave your nice comments here~ hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails