Sunday, June 27, 2010

Job

Time to look forward...o.o

Actually, aku tak tahu nak buat apa lepas konvo nanti. Keliru. Takut. Cemas.
Tetapi, semakin ramai kenalan especially bila buat practical, juruteknologi, pegawai sains, pegawai penyelidik, pelajar postgradute dll., pelbagai cadangan telah ku dapat tentang haluan hidupku selepas ini. Maka, telah ku buat keputusan untuk mulai mencari kerja sekarang. Walaupun sukar untuk mendapatkan pekerjaan sekarang, namun aku akan tetap bertawakal dan mencuba. Semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya dan mendapat petunjuk-Nya. Amin.

Namun, manusia cepat berubah. Mungkin selepas ini, keputusan aku berubah, tiada siapa yang tahu. Bak kata pepatah, "sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula manusia"...

P/S: Post kali ini lebih bersifat tawaduk dan lebih sopan akibat geloranya perasaan penulis tentang masa depannya. Sekian. :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails