Salam satu Malaysia kepada pembaca.
Tiba-tiba greeting penuh skema.
Ditemani bunyi kipas dan lagu Rossa, Hati Yang Kau Sakiti, aku tulis post ini dengan penuh tenang dan dengan perasaan yang kosong. Well, today is Friday, which means, cuti di Kelantan. Aku masih tertanya-tanya apa sebab musababnya di negeri-negeri Pantai Timur neh cuti hari Jumaat. Tak seiring ngan negeri-negeri lain. Nak tanya kat orang kat rumah neh, tetapi segan plak.
Ape-ape pun, hari ni pergi Pasar Jumaat yang mana tiap-tiap minggu kot pergi kat situ sejak minggu pertama lagi aku kat sini. Ini minggu ke-enam aku kat Wakaf Bharu. Maka 1 X 6 = 6 kali dah pergi ke pasar ni. Aku pun tak tahu asal aku pergi tiap-tiap minggu? Mungkin ada makanan kot. +__+
Minggu ke-6 aku kat sini bermaksud ada 2 minggu lagik nak habis practical yang buat aku pening. Best tapi bosan.Apekah maksud?
Hrmm...Maksudnye, tak lama lagi aku kat sini. Dan tak tahu lagi kapan lagi aku akan menjejak kan tangan ke sini lagi. Secara sinopsisnya, Kelantan is not bad like what others say. Orang-orang kat sini ramah tamah Aidilfitri je. Kalau jumpe orang tak friendly kat sini, bukan orang Kelantan la tu. Orang Amerika kot. Tapi sepanjang aku kat sini, aku terasa kekosongan, macam ada ruang kosong di sudut hati aku ni *tetiba feeling cerekarama*. Mungkin aku rindukan kampung halaman kot. Rindu kat mak ayah, hrmm...rinduuuuuu~
Oh ye, anak itik aku mati hari ni *tetiba*. Beberapa minggu lepas, ayah kawan aku, empunya rumah yang aku stay skang ni, bagik aku sepasang anak itik untuk aku main-main di sore hari. Baikkan pakcik Hadi ni. Ye die memang baik. Dan rajin. FYI, die seorang pembuat cendol, lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang ni. Kiranya dah pro. Otai cendol dah ni. Semoga, Tuhan limpahkan rezeki kepadanya. Berbalik cerita itik tadi, haa, tu la, pagi tadi tengok-tengok seekor je tinggal. Tetiba aku rasa pitam bagai nak pengsan, menangis meraung-raung meratapi pemergiannya. Gurau je. Motif meraung-raung bagai? Sedih je. Hrmm...
SO, aku dalam perjalanan menuju ke hari-hari terakhir di sini. Sedih siot...
Sekian.
''Kalau jumpe orang tak friendly kat sini, bukan orang Kelantan la tu.''
ReplyDeleteThen, how about you? (bukan orang kelantan also) lolx...Dun sedih la, still got Donald teman you. Belum dlm perjalanan ya menuju ke hari2 terakhir.. Sure got chance to be there again in the future. Long journey lagi, who know what wil happen later? Maybe u will kahwin n stay at there. wakakkaka. XD ____zombie