Friday, February 4, 2011

Hidup berkerjaya

Hey kamu semua rakyat jelata,

masih ingatkah anda dengan saya. Saya yang sebelum ini menyepi tanpa membuat konsert atau keluarkan single, kini singgah sebentar untuk mengupdate blog katanya meskipun dengan sepatah perkataan.

Selangkah ke blog usang ni ibarat melangakah masuk ke rumah yang telah lama di tinggalkan. Habuk-habuk tebal sana sini, botol-botol arak merata. Ish..ish..ish...

Bukan pe uols semua, sejak berkerjaya (katanya) , tak ada masa langsung nak pegang laptop, cuma hari off je pegang sikit tu pun pegang sekadar lap laptop yang berhabuk.

Memang tak dinafikan hidup berkerja ni bukan seindah yang disangkakan.
Ingat lagi dulu, time study, tak sabar nak kerja, kononnya, nak cari duit sendiri berjoli bagai.
Nah, ambik kau, rasakan hidup yang penuh dengan penat, onak duri dan penuh pengorbanan yang perlu dijalankan..
ye saya faham, demi mencari rezeki, memang penat *feeling-feeling Dr Izlan Kamsah kan*.
Well, di kesibukkan kerja ni, terasa kekosongan di sudut hari ni.
Kekosongan yang kosong.
Terasa hidup masih belum sempurna walaupun duit yang dikejar, tetapi, masih belum lengkap. Tapi apa yang tak lengkap? Itu pun saya tak tahu lagi. Anda tahu? Saya pun tak tahu.

Rindu saat-saat belajar dulu, berbeza sangat dengan time kerja camni. kalau dulu boleh je ponteng, boleh je lewat pegi kelas, sekarang, huh NAN HADO, ko lewat, ko ponteng, nah, tindakan disiplin untuk kau. Rasakan. Sangat menensionkan wahai kawan-kawan.

Baeklah, ni pun tgh malam dah, teringat yang aku pernah ada blog tu yang singgah jap update. Ye lah blog aku tak la segah blog-blog anda semua ibarat tagline blog ni TAK SEINDAH BIASA kan? Jadi padanlah dengan namanya, update pun 3 bulan sekali gituh.

Baeklah, sampai sini saja, kapan boleh kita berjumpa lagi ya?


Regards.

SMILE~
*titibe kan*
+__+

1 comment:

  1. update setahun sekali je?

    ish ish ish

    ReplyDelete

Leave your nice comments here~ hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails