Tuesday, January 3, 2012

Tahun Baru 2012

Walaupun di hari ke-2 di tahun 2012, rasanya tak iols terlambat nak mengucapkan Happy New Year kat korang semua.


Ops, lupe pulak nak bagi salam kan. Assalamualaikum semua!
Errr...Dah lama sangat dah tak menghapdet blog seindah biasa neh. Aku tahu mesti korang rindukan blog aku ni kan/ Rindu nak dengar update aku yang kadang-kadang xde bende pun kan? Ahh...Whatever it is, aku berjanji akan cuba mengupdate blog ni sekerap yang mungkin *aku akan update walaupun sekadar nak cakap hari tu aku pegi kerja, balik dan tidur*

2012 dah datang, pertama-tamanya perlulah kita memanjatkan syukur kehadrat Ilahi atas limpah kurnia nya dapat jua kita bernafas di alaf baru ni untuk menilai siapa kita, untuk memperbaiki diri kita dari yang baik ke lebih baik. *muhasabah**muhasabah*


Memang trend sekarang kan ade New Year Resolution pelbagai, azam tahun baru la hape la, Jadi aku pun tak ketinggalan nak jugak ade azam tahun baru 2012. Bila ade target, baru ada semangat nak berusaha mencapai nya *semangat!*
 *Ya Tuhan, tolonglah hambamu ini untuk mencapai azam supaya tak tinggal kengan macam azam tahun lepas =_+*

Baek, yang ke-1, yang top high presidential priority, adalah, mengurang berat badan dan mengurangkan buncit perut 7 lemak yang tegar. Wahai lemak, aku tahu betapa kamu semua menyayangiku sehingga sangat sukar untuk kamu berpisah denganku, tapi papa *tetibe papa* terpaksa membuang kamu semua setelah beberapa tahun papa menyimpan korang ibarat mendukung biawak hidup. Sesungguhnya amat sukar untuk papa membeli baju yang kurang ketat terutama di bahagian abdomen. +_+

 Mari berdiet bermati-matian!!!

Yang kedua, mendapatkan kerja yang selesa dari segi masa kerja yang office hour dan gaji yang masyuk. Buat modal nak berjimba mabuk-mabuk di kelab-kelab *uishhh...tak bleh mabuk, HARAM hukumnya..tettttttt* errr.... Semoga banyak duit boleh masuk dalam ASB. Larikkkkkkkkkkkkkkkkk!
Lagipun bestie dah takde da, so kerja lama tu dan tak seindah dulu. Maka tukarlah kerja dengan segera.

Yang ketiga, nak menjadi insan lebih baik dari segi aspek peribadi yang cemerlang *?*, independent, nak mengurangkan panas baran yang membuak-buak ku rasakan, lebih bersikap penyayang terhadap semua orang, berikap lebih terbuka, menerima orang sekeliling dan diri sendiri seadanya. *point ni macam setiap tahun ada cuma tahun ni lebih serius sikit +_+*
 *aww...nak jadi baek*

Yang keempat pula, errrr..... *hilang idea sudah*, Haaaa! nak beli kereta, tahun ni WAJIB beli, nafsu dah naik ke kepala dah ni *tetibe*. Kereta ape? Haaa!!!! Tunggu kemunculannya. Duit dah ready, cuma tak tahu bila nak ready. Tuhan tolongla jadikan aku manusia lebih berjimat cermat seperti Ikhlas *officemate aku yang memang famous dengan sikap berjimat cermtnya.*

Kelima lak, errr... Dah la, cukup la tu empat je, banyak-banyak sangat pun serabut minda la aku nanti.

Mari kita sama-sama tutup buku 555 yang baru, bukak notebook Apple yang baru. Berazam untuk jadi yang lebih baik di masa akan datang. wokek?!!

 be better ok! *wink2*

Hurmm...However, rindu plak dengan my BFF@my twin yang dah dapat kerja baru di kampung halamannya. Rindu ku pada dia umpama OMBAK RINDU. Terkenang memori-memori indah bersama twin ku itu. Semoga dia sihat sahaja di sana dan akan bertemu lagi satu masa nanti.
Dengan itu aku kirimkan lagu RINDU KAWANKU nyanyian MAYA KARIN dengan ucapan, Really miss you so damn much and I'm facing my terrible life without your presence. 


*sila abaikan gambar-gamabr sekolah sape ntah, point utama di sini adalah lagu tersebut ye +_+, gambar-gambar dalam video tiada kena mengena langsung dengan penulis*

After more than 4 year, we spent almost everytime together, banyak sangat kenangan manis + pahit yang dilalui bersama. Bila ketiadaannya, dunia jadi sepi + sunyi.

Miss you sooooooooooooo much.





hrmm...Ape-ape pun, life must go on, semoga kita bisa lagi ketemu tahun yang akan datang dong *tetibe mode indon* Semakin kita tua, semakin dekat kita dengan kematian, maka renung-renunganlah dan selamat beramal!




No comments:

Post a Comment

Leave your nice comments here~ hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails