Monday, April 30, 2012

Promoter T-Toothbrush yang Confident

Hola-bola!

Panas betulkan malam ni?
Global warming is killing me.
Nak tido pun tak selesa sebab berpeluh-peluh.

*bumi bagai direbus dalam tabung uji makmal uolss. Panas.*

Lupakan kisah tu, kita berbalik pada tajuk entry aku, nak dijadikan cerita. Hari ni, yakni tanggal 29.4.2012 (Semalam sebenarnya +_+), aku ngn BFF singgah kat kedai farmasi, gigih mencari glucose powder untuk anak-anak bulus kat rumah. Farmasi ni terletak kat tingkat bawah Mid Valley, yang AEON punya tu. Ape ntah nama farmasi tu, lupa.

Sedang tawadduk mencari glucose tu, terserempak la dengan produk berus gigi style alaf 21 katanya. It is a toothbrush but the shape is slightly different compared with the ordinary one. Namanya T-Toothbrush. Kelas namanya. Berus ni macam berus biasa, cuma bentuk T. Confuse lagi? Nah, gambar.

Ni yang biasa punya.


Ni yang T-Toothbrush.

Sedang impress dengan produk tersebut, datanglah promoter berus gigi weird itu. Promoter tu wanita berbangsa Cina dan usia lebih kurang 40-an.

Lantas, beliau pun berkata:

"Ni berus gigi lain dari yang biasa"

"Beli satu, percuma satu. Kalau ada Membercard, RM7.90, Kalau tak, RM8.90"

"Berus gigi ni bagus, boleh berus macam ni" *sambil demo camana nak guna*

"Kalau berus biasa macam ni saje" *sambil demo macam mana berus gigi biasa bertindak"

Dia demonstrate ala macam ni la secara visualnya:

Ni kalau pakai T-Toothbrush. Kiranya boleh sampai kat celah pelosok gigi. Boleh sental taik-taik ogek yang tegar. Lebih efektif katanya. Sapa-sapa yang kerap daging ayam ke, cili kering ke, yang lekat lepas makan tu, haruslah beli berus gigi ini.


Ni kalau guna berus gigi biasa. Kononya celah-celah xsampai uols. Jadik, plak-plak gigi and whatsoever nonsense akan senantiasa bermastautin kat celahan tu secara kekal.
 Sadisnye sape guna berus gigi camni, tak boleh nak berus dari arah lain ke. Memang peraturan ke kalau guna berus gigi biasa berus kiri kanan sajok? *rebah*

Dalam hati aku masa promoter tu gigih demo cara guna berus tu:

"Bukan berus gigi biasa pun boleh berus macam tu jugak ke Auntie *sebab lebih tua dari aku*"
*DALAM HATI SAJE*

Secara visualnya macam ni:

Kan? Betulkan? Correct me if I'm wrong. Kesannya macam sama kalau berus secara ke atas dan ke bawah guna berus gigi biasa.

Whatever lah.

Yang penting, belilah T-Toothbrush ke, Z-Toothbrush ke, G-Toothbrush ke, kalau berus 2 hari sekali, bersampaah sarap jugak gigi uols itu.

Motif sangat la makcik ni kan?

Aku pun malas nak layan, aku senyum, cakap "Takpe la, nak jalan-jalan dulu" (sedangkan nak berambus terus, sebab glucose tak jumpa pun), then blah begitu sahaja terus menuju Watson level 2.

Kadang-kadang promoter ni lucu jugak. Tapi, ape-ape pun, dorang carik rezeki halal, at least dengar jugak la ape dorang nak cakap walaupun annoying sikit, kadang-kadang tu ikut kita kesana kemari dalam kedai tu, dah macam pak guard dah. Then, kalau tak nak, cakap elok-elok, then ucap thank you. Treat them as human jugak. Dorang carik rezeki. 


*sekadar hiasan*

Apa ko fikir senang ke keje jadik promoter? Aku dulu abis form 5, buat part time promoter MILO wokkey! Tapi, aku tak payah promote berbagai sebab sape tak minum Milo uols? Customer sendiri datang, amek Milo. Aku tak perlu bukak mulut nak promot. Berdiri tepi gondola buat muka cute sajok * Larik!*, Milo sentiasa habis je, nak kena topup selalu.

Rasanya tu saje entri hari ni, hambar bukan?

oktengsbabai~

P/S: Belilah T-Toothbrush tuh, macam nak cuba tapi not this time. Ape kata korang cuba dulu? Kalau best, roger aku. *Wink...Wink...*



No comments:

Post a Comment

Leave your nice comments here~ hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails