Ok, sebagai pembuka tahun 2015 yang dah nak masuk 2016 ni, nak tanya u guys pernah dgr Nutri-Coat tak? Supplement untuk kucing. Complete ngan semua vitamin dan nutrient dan juga bagus untuk bulu dan kulit si Manja. I baca kat internet ramai cakap bagus. Sebagus mana tu uols? Tolonglah share. Sebagai bapa si anak bulus I bertajuj Mona ni, risau la tengok bulu makin gugur ni.
Monday, October 26, 2015
Nutri-Coat untuk kesihatan dan bulu Kucing @ anak bulus
My Favourite Cat/ Kucing Favourite Titewww
I have lotsa cat. And this is my favourite. This is Mona, a Domestic Long Hair, I don't even know what's breed is she, i just simply guess. *assymetrical smile*
So, among the pets you have, which is you favourite?
*raise eyebrows again and again*
Sunday, October 25, 2015
Kelupis
Pernah makan kelupis sarawak? My fav makan ngn susu pekat. Korang? *tapi gambar makan ngn kari hahahaha *gelak orang tua*
Monday, August 25, 2014
DIY Cat Litter Box - Mengurangkan masalah pasir bersepah??
Mihmihmih~ setelah 2 tahun merantau, baru sekarang ada masa untuk menjenguk blog yang suram dan bersawang-sawang ni.
Sebelum nak cakap panjang lebar, moleklah dulu saya vacuum sawang-sawang dan habuk-habuk kat blog ni. Lama sangat terbiar ni. Vroom~~~~~~~
Ok. Sape-sape yang memelihara kucing indoor mesti mengalami masalah litter box ni. Kalau kucing tu jenis nak mengais-ngais sebelum memerut atau mengencing, memang separuh pasir yang tadi duk lam litter box dah kat luar. Mana tak nya, litter box yang dibeli rendah sgt, kisahnya, sekali kucing tu kuis, pasir-pasir semua habis kat luar. Maka, cleaner yakni, owner kucing tu, terpaksalah tertonggeng-tonggeng sapu balik pasir kat luar tu bawak masuk lam litter box. Itu kalau pasir bersih je yang kat terkeluar, senang lah just letak balik (kalau saya vacuum je, then letak balik). Kalau terkuis sekali najis yang fresh keluar, pastu pulak menepek kat lantai, naik hantu la nak mencuci lantai tu lagi. Uols semua mesti pernah mengalami benda ni kan.
Yuck ke tak yuck ? |
I pakai jenis komersial yang dinding tepi dia rendah tu dah lama, so, until one day, penat dah nak sapu balik pasir kat luar litter box tu and sedar banyak kekurangan guna litter box dinding tepi yang rendah sebab kucing saya jenis mengais-ngais yang bersungguh-sungguh. Antaranya disadvantage gune litter box komersial dinding tepi yang pendek tu adalah;
1- Of course, korang akan perasan pasir yang terkeluar lebih banyak dari pasir kat dalam litter box.
2- So, korang akan gune lebih banyak tenaga nak bersihkan pasir kat luar litter box dan yang kat dalam jugak. Ni I rasa stress bila pulang kerja. Penat-penat bali kerja, kena marah boss lagi, itu lah, ini lah, pastu balik-balik tengok pasir yang terkeluar beserta taik-taik pun ada sekali, I biasanya akan menangis dulu, sambil baring dengan badan penat pastu baru bersihkan.
3- Kalau taik-taik sekali terkais, of course akan buat tempat litter box tu kotor. Bila dah ada bau-bau tahi atau air kencing kat lantai luar box tu, kucing akan tend to kencing /memerut jugak kat luar box tu sebab ada bau-bau hancing die kat lantai tu. So nak tak nak, korang kena sental jugak lah lantai tu. (I pembersih orang nya, kalau kotor sikit, nak kena basuh banyak kali, sebab macam tak yakin kalau lap gitu-gitu je, so I memang akan stress bila benda ni jadik. Gittuh.)
4- Masa pun terbuang sebab selain nak scoop taik kat dalam box, korang nak bersihkan yang kat luar pulak. Leceh kan? Kalau korang jenis lambat bangun pastu pergi kerja asyik lambat je, memang stress lah pepagi.
See, perasan tak banyak perkataan stress kat situ. Ya, I memang mengalami benda tu dulu. Mihmihmih~ Nak marahkan kucing pun dorang bukan tahu pun. So, setelah baut banyak research, google sana sini, terbaca satu blog ni tukar litter box biasa dengan DIY punya. Yang lebih tinggi dinding tepinya, dah lagi convenient. Kos pun rasanya, yang DIY punya lagi murah dah tahan lama. Dan yang paling best, lagi senang nak handle. Korang pun cubalah. Mana tahu menbantu menyenangkan kerja. Jom, kite go through cara-caranya.
1. I guna storage box plastic. Sebab nak kurangkan kos, korang cariklah yang murah je. Jangan la beli mahal uols. Sebab, sah-sah DIY ni sebab nak jimatkan kos, kalau beli yang high kualiti plastic import dari Kazakhstan lah, Republik Chech lah, plastic anti lebur lah, memang la mahal yang amat. Tak payah, tak payah. Kat Aoen, kadang-kadang dorang buat sale storage box besar bapak boleh muat seratus ekor (menipu tak?) dengan harga less than RM15. Aku ingat lagi, time tu aku beli 4. Lagipun, mahal-mahal pun tak guna sebab lam setahun digalakkan tukar untuk tujuan kebersihan. Kesan cakar-cakar kucing time diorang menguis tu, bakteria membiak dalam tu boleh membahayakan, so kena cuci bersih-bersih then tukar kalau dah sampai masa. Ok, before start korang sediakan pisau pemotong atau gunting atau ape-yang boleh potong plastic. Storage box untuk demo ni saiz kecik je tau, sebab ni untuk kitten nye. Ikut korang lah nak saiz yang macamana.
2. Guna marker korang mark la pintu untuk masuk litter box tu. Kira macam pintu toilet la. Ikut mane tak kisah. Ikut kreativiti dan convenience tempat korang nak letak nanti. Digalakkan biarlah korang tinggalkan sikit bawah pintu dia tu dalam sejengkal setengah camtu. Sebab pasir biasanya at least seinci tebal korang nak letak nanti kan. So pandai-pandai bajet ukuran pintu tu dari dasar.
3. Dah yakin dengan keputusan pintu tadi, so korang potong lah. Ikut line yang korang lukis tadi. Mula-mula aku guna cutter paper dia tu. Memang macam hanjing. Patah-patah cutter aku. Then, aku gune pisau dapur. Struggle sikit tapi better dari cutter. So korang nanti, pakai gunting dawai tu lagi better tau.
4. So, dah potong tu bersihkan sikit. Buang mana-mana edges yang tetajam tu. karang luka bontot kucing korang I tak tanggung. Sebab kekurangkan alatan, I just kikis je guna pisau td.
5. So siap lah litter box yang lebih jimat dan bersih. Masa kitten ni kecik boleh la dorang masuk with the lid tu. Dah besar, tak muat, aku cabut je lid tu. Korang tak payah letak pun tak ape. Guna untuk kipas satay.
Korang kalau jenis yang suka barang yang lebih memudahkan kerja korang dan tak pandang how it's look like, boleh la cuba. Di akui, memang nampak tak lawa dari litter box kat kedai tu. Tapi bagi I, lagi senang kerja. Pasir pun tak tumpah. Pastu pulak, less than RM20 tu boleh dapat saiz yang besar. of course la kucing-kucing I berak dengan aman, macam berak kat padang pasir. Kalau korang rajin, hias-hias la sikit kalau nak nampak cantik. Tapi I malas sikit nak hias-hias. So biar je camtu.
Another tips, pintu die tu kan, certain-certain kucing, dia kais pasir tu ganas tau. So still ade terkeluar-keluar, tapi sikit la. So untuk sangkar besar yang bertingkat-tingkat tu. I tak potong pun pintu. Letak box macam tu je. memang tak terkeluar langsung pasir. Dorang pandai-pandai melompat masuk. Kuar pun lompat. So far, okay je. So, korang bolehla cuba ya. Nanti upload kat Instagram, tag I sekali, nak tengok cemane korang buat,
@syafiiespuan **siap promote lagi **
Kalau lagi kreatif I boleh jadikan inspirasi.
Selesai satu masalah korang kan. Happy tak?
Wednesday, May 2, 2012
Tuesday, May 1, 2012
Selamat Hari Buruh
*Tibe-tibe ada gambar minyak Cap Buruh*
Di kesempatan ni, aku nak ucapkan
Selamat Hari Pekerja
kepada semua.
So, buat ape je cuti hari ni? Enjoy the day ye.
Sekian. Adios~
Monday, April 30, 2012
Promoter T-Toothbrush yang Confident
Hola-bola!
Panas betulkan malam ni?
Global warming is killing me.
Nak tido pun tak selesa sebab berpeluh-peluh.
*bumi bagai direbus dalam tabung uji makmal uolss. Panas.*
Lupakan kisah tu, kita berbalik pada tajuk entry aku, nak dijadikan cerita. Hari ni, yakni tanggal 29.4.2012 (Semalam sebenarnya +_+), aku ngn BFF singgah kat kedai farmasi, gigih mencari glucose powder untuk anak-anak bulus kat rumah. Farmasi ni terletak kat tingkat bawah Mid Valley, yang AEON punya tu. Ape ntah nama farmasi tu, lupa.
Sedang tawadduk mencari glucose tu, terserempak la dengan produk berus gigi style alaf 21 katanya. It is a toothbrush but the shape is slightly different compared with the ordinary one. Namanya T-Toothbrush. Kelas namanya. Berus ni macam berus biasa, cuma bentuk T. Confuse lagi? Nah, gambar.
Ni yang biasa punya.
Ni yang T-Toothbrush.
Sedang impress dengan produk tersebut, datanglah promoter berus gigi weird itu. Promoter tu wanita berbangsa Cina dan usia lebih kurang 40-an.
Lantas, beliau pun berkata:
"Ni berus gigi lain dari yang biasa"
"Beli satu, percuma satu. Kalau ada Membercard, RM7.90, Kalau tak, RM8.90"
"Berus gigi ni bagus, boleh berus macam ni" *sambil demo camana nak guna*
"Kalau berus biasa macam ni saje" *sambil demo macam mana berus gigi biasa bertindak"
Dia demonstrate ala macam ni la secara visualnya:
Ni kalau pakai T-Toothbrush. Kiranya boleh sampai kat celah pelosok gigi. Boleh sental taik-taik ogek yang tegar. Lebih efektif katanya. Sapa-sapa yang kerap daging ayam ke, cili kering ke, yang lekat lepas makan tu, haruslah beli berus gigi ini.
Ni kalau guna berus gigi biasa. Kononya celah-celah xsampai uols. Jadik, plak-plak gigi and whatsoever nonsense akan senantiasa bermastautin kat celahan tu secara kekal.
Sadisnye sape guna berus gigi camni, tak boleh nak berus dari arah lain ke. Memang peraturan ke kalau guna berus gigi biasa berus kiri kanan sajok? *rebah*
Dalam hati aku masa promoter tu gigih demo cara guna berus tu:
"Bukan berus gigi biasa pun boleh berus macam tu jugak ke Auntie *sebab lebih tua dari aku*"
*DALAM HATI SAJE*
Secara visualnya macam ni:
Kan? Betulkan? Correct me if I'm wrong. Kesannya macam sama kalau berus secara ke atas dan ke bawah guna berus gigi biasa.
Whatever lah.
Yang penting, belilah T-Toothbrush ke, Z-Toothbrush ke, G-Toothbrush ke, kalau berus 2 hari sekali, bersampaah sarap jugak gigi uols itu.
Motif sangat la makcik ni kan?
Aku pun malas nak layan, aku senyum, cakap "Takpe la, nak jalan-jalan dulu" (sedangkan nak berambus terus, sebab glucose tak jumpa pun), then blah begitu sahaja terus menuju Watson level 2.
Kadang-kadang promoter ni lucu jugak. Tapi, ape-ape pun, dorang carik rezeki halal, at least dengar jugak la ape dorang nak cakap walaupun annoying sikit, kadang-kadang tu ikut kita kesana kemari dalam kedai tu, dah macam pak guard dah. Then, kalau tak nak, cakap elok-elok, then ucap thank you. Treat them as human jugak. Dorang carik rezeki.
*sekadar hiasan*
Apa ko fikir senang ke keje jadik promoter? Aku dulu abis form 5, buat part time promoter MILO wokkey! Tapi, aku tak payah promote berbagai sebab sape tak minum Milo uols? Customer sendiri datang, amek Milo. Aku tak perlu bukak mulut nak promot. Berdiri tepi gondola buat muka cute sajok * Larik!*, Milo sentiasa habis je, nak kena topup selalu.
Rasanya tu saje entri hari ni, hambar bukan?
oktengsbabai~
P/S: Belilah T-Toothbrush tuh, macam nak cuba tapi not this time. Ape kata korang cuba dulu? Kalau best, roger aku. *Wink...Wink...*
Sunday, April 29, 2012
Another Durian Pancake Story [Sumptuous Desserts]
Hi.
Aku ada benda nak promote ni.
*Intro yang tiba-tiba*
Penggemar Durian Pancake. BE ALERT!!!
Kalau previously aku ada cerita pasal pancake durian Sweet Chat menginzalkan, hari ni aku dapat tahu ada satu lagi pancake durian yang lebih kurang 99.99% sejibiks rasa nya, cuma rupa parasnya sahaja lain sikit.
Plus, lebih murah.
Dalam satu paket tu ada 6 pankek Durian dengan harga RM10 sahaja!
Nama kedai tu Sumptuous Desserts.
Tadaaaa!!! |
Kejadian yang menemukan aku dengan pancake ini adalah bila aku dari beli milk tea Chatime (Ni pun satu favourite aku. Kalau keluar je, Wajibul-Ghunnah kena cari Chatime dulu. Biasanya, aku beli dengan BFF aku yang aku penah mention dalam post aku dulu. Next time aku promote Chatime pulak ye. Yelah kan, blog ni pemilik Si Gemuk yang suka makan, post haruslah ala-ala Jalan-Jalan Cari Makan kan?)
*straight to the point, please*
Dari Chatime yang dekat laluan dari Mid Valley ke The Gardens kat tingkat LG tu, nak ke Mid Valley balik, terjumpa ada satu gerai tengah-tengah tu, yang jual macam-macam perasa pancake. Kalau tak silap, stall tu depan Homi Chicken Curry Puff (karipap besar tu, pun sedap jugak). Dekat dengan restoran Rak Thai.
Gerai tu kecik je, tajuk kedai tu Sumptuous Desserts (Dah 2 kali ulang nama kedai)
*agak pening sungguh direction. FAIL!*
Nah kalau masih confuse.
Gigih ok edit map walaupun sedikit fail di situ.
Yang penting, apa yang aku nak explain tu sampai kat korang.
*err...sampai ke*
Ni peta untuk yang dekat The Gardens sajer ye.
Macam-macam perisa ada dijual, tapi disebabkan aku adalah Kipas-Susah-Mati Pancake Durian yang Tegar, Haruslah beli penkek durian dulu kan?
Yang tak suka durian tu, beli lah perisa lain.
Hahahah *Hambar*
Sedap Dowh. Mungkin jadi 'benda-wajib-beli' kalau keluar selepas Chatime.
Yum-mehhhh!!!!
Try la.
Highly recommended for those yang suka pancake Durian.
*Google punya Google, terjumpa facebook page Sumptuous Desserts, tapi tak boleh bukak sebab takde facebook -rebah-*
Sampai sini saja laporan hari ini. Sekian.
Wednesday, April 25, 2012
Pancake Durian SweetChat yang Mengiurkan *Orgasm*
Baiklah, malam ni nafsu makan bergelojak ibarat kucing-kucing aku meronta-ronta nak keluar kalau diletak dalam kandang. (huh~?apakah kaitan)
Whatever it was, teringat dowh dengan Pancake Durian SweetChat yang mengghairahkan tu.
*daya sexual pada makanan, matilaaaa*
*teringat je dah terliur uols*
Pernah tak makan Pancake Durian kat SweetChat? Very highly recommended dari aku, pakar merasa makanan yang sedap~ Larikan diriiiiiiiiiiiiiiiiiiii!
Harga dalam RM7.++ camtu. Tiga biji jah uols. Nafsu baru nak klimaks, dah habis 3 bijik. *sigh*
Harap korang semua cuba, at least once in a lifetime uols. Pergi sekarang. Cepat!
This weekend aku kena dapatkan pancake ini. Cross the heart.
Korang bila lagi?
Pengalaman Pertama Mandulkan Kucing
Assalamualaikum.
Kali ni rajin pulak nak update. Bila malas tu sampai berbulan baru nak update, kalau rajin sangat tu sehari sampai 2 post.
Well, aku nak kongsi sikit pengalaman pertama aku memandulkan kucing.
I never spay/neuter any of my cats before. Ye la, dulu duduk rumah sendiri kat kampung, kucing beromen banyak mana pun tak kesah, rumah besar mampu untuk menampung anak-anak kucing. *Matilah riak!*
Tapi kini, kerja di negeri orang, tinggal di apartment, bilangan kucing perlu dikurangkan. Plus, kita disarankan untuk memandulkan kucing kita yang memberikan banyak kebaikan tanpa kita sedari, seperti berikut:
(Dipetik bulat-bulat dari blog S.C.R.A.T.C.H)
Kebaikan kepada haiwan peliharaan:
Alhamdulillah, Dayang OK je. Lepas surgeri tu, Dayang lebih aktif dari biasa, keaktifannya lebih dari anak-anak beliau. Badan pun dah berisi sikit dan lebih manja dari dulu.
Whatever it is, Dayang is my precious and Papa will always love you.
Jadi, dengan ini, marilah kita sama-sama membendung masalah gejala sosial kucing-kucing jalanan di luar sana dengan memandulkan binatang peliharaan anda Kes pembuangan bayi kucing pun boleh dikurangkan uols.
If we not change, who will?
Well, alang-alang ni, aku nak promote website Kucing terbiar, Anjing Jalanan @ S.C.R.A.T.C.H [tekan link] yang aku ikuti sejak dua tahun lepas. Dekat situ ada macam-macam info tentang kucing, pemandulan, dan juga diorang selalu mengumpul dana untuk subsidi pemandulan kucing yang diorang kadang-kadang iklankan di website tersebut juga. Pelbagai aktiviti menarik jugak dianjurkan oleh mereka bagi mengumpul dana dan sekaligus bermesra sesama manusia. Apa-apa pun jenguk-jenguklah website dorang untuk info lanjut dan aktiviti mereka. Support them and love your pet!
Lastly, aku suka nak petik iklan dari PeTA [link].
ALWAYS ADOPT, NEVER BUY!
Kebaikan kepada pemilik haiwan:
1. Haiwan peliharaan yang dikasi/dimandulkan menjadi lebih manja
2. Kucing jantan yang dikasikan akan kurang kencing memancut merata-rata.
3, Haiwan yang telah dikasi/dimandulkan akan kurang menggigit dan agresif.
1. Haiwan peliharaan yang dikasikan/dimandulkan hidup lebih
sihat tanpa risiko kanser prostat dan ovari, dijangkiti penyakit kelamin
dan kanser payudara.
2. Haiwan peliharaan yang dikasi akan kurang keluar merayau keluar rumah dan bergaduh dengan kucing-kucing lain.
Kebaikan kepada komuniti sekitar:
3. kebersihan dikawasan kejiranan lebih terjamin kerana pembiakan kucing/anjing yang terkawal.
4. Pusat perlindungan haiwan terbiar akan lebih terurus dan
akhirnya tiada haiwan yang perlu di-PTS kerana kekurangan ruang untuk
mereka di pusat perlindungan haiwan tersebut.
Ini adalah DAYANG. Masa dia baby dulu, aku jumpa dia kat bawah blok apartment aku ni. Aku amek dan jaga sampai dia dah besar.
Ini adalah DAYANG. Masa dia baby dulu, aku jumpa dia kat bawah blok apartment aku ni. Aku amek dan jaga sampai dia dah besar.
Ni Dayang masa malam pertama aku amek dia. 23 Jun 2011.
Ni gambar Dayang diambil pada 2 Mac 2012.
Cantik dan ayu kan?
*rebah*
Dipendekkan cerita, aku decided pada 4 April 2012 untuk kasikan Dayang.
*FYI, she did give birth to 4 cute and healthy kittens*
Pemandulan dilakukan di Rain Animal Center dekat Seksyen 18. Dengan kos RM150.
*harga tertakluk pada klinik masing-masing*
Cuma klinik ni direcommend oleh kawan aku.
Hantar
Dayang ke sana pukul 11, aku di suruh balik dan boleh ambik petang atau
esoknya. Aku pilih untuk ambil Dayang petang tu jugak.
*Biasalah,
first time, risau nak tinggalkan Dayang kat sana sorang-sorang sebab
tak pernah biar dia kat tempat asing sorang-sorang*
So, petang tu pegi balik klinik tersebut dan Dayang sudah sedia diambil.
Cuma aku disarankan oleh pekerja situ untuk ambil esoknya sebab lepas surgery tu, kucing akan mengalami apa yang diorang cakap 'mabuk bius'.
Pada mulanya aku ingat, mabuk yang dimaksudkan tu, Dayang maybe akan
pengsan or mamai, so aku fikir, ok lah, petang dah boleh ambil.
Tetapi, bila tiba kat klinik tu petang tu, baru aku tahu mabuk yang dimaksudkan tu macam mana.
Dayang
jadi aggresif dan nampak takut dan bersikap sedikit protective. Nak
pegang pun tak boleh sebab takut kana cakar. Even aku tuannya pun dah
tak kenal.
Jadi, doktor tu amik kain tebal, pegang belakang tengkuk Dayang dan masukkan dalam sangkar yang aku bawak.
So, LESSON LEARNT! Lain kali boleh biarkan kucing tu semalaman kat klinik, baru ambil.
Apa-apa
hal pun, kesan 'mabuk' tu hilang pukul 11 malam hari yang sama. Boleh
dipegang sikit-sikit, tapi still ada unsur-unsur baran. So, bolehlah
belek bawah perut dia tengok how the scars looked like. Kesan pembedahan tu tak lah besar mana, dalam 3cm je dengan 2 jahitan.
Nampak tak jahitan tersebut? Perut dia pun seksi sikit sebab kena shave. Gambar diambil pada 5 April 2012.
Ni lepas 1 minggu lebih lepas surgeri. Jahitan pun terbuka sendiri, bulu pun dan tumbuh. Scar tu macam tak nampak sangat. Gambar diambil pada 25 April 2012.
Alhamdulillah, Dayang OK je. Lepas surgeri tu, Dayang lebih aktif dari biasa, keaktifannya lebih dari anak-anak beliau. Badan pun dah berisi sikit dan lebih manja dari dulu.
Whatever it is, Dayang is my precious and Papa will always love you.
*tibe-tibe*
Jadi, dengan ini, marilah kita sama-sama membendung masalah gejala sosial kucing-kucing jalanan di luar sana dengan memandulkan binatang peliharaan anda Kes pembuangan bayi kucing pun boleh dikurangkan uols.
If we not change, who will?
Well, alang-alang ni, aku nak promote website Kucing terbiar, Anjing Jalanan @ S.C.R.A.T.C.H [tekan link] yang aku ikuti sejak dua tahun lepas. Dekat situ ada macam-macam info tentang kucing, pemandulan, dan juga diorang selalu mengumpul dana untuk subsidi pemandulan kucing yang diorang kadang-kadang iklankan di website tersebut juga. Pelbagai aktiviti menarik jugak dianjurkan oleh mereka bagi mengumpul dana dan sekaligus bermesra sesama manusia. Apa-apa pun jenguk-jenguklah website dorang untuk info lanjut dan aktiviti mereka. Support them and love your pet!
Lastly, aku suka nak petik iklan dari PeTA [link].
ALWAYS ADOPT, NEVER BUY!
Banyak lagi kucing-kucing@anjing-anjing terbiar kat luar sana yang perlukan tempat berlindung dan kasih sayang.How could the animal as cute as cats tinggal di jalanan? They deserve good quality of life too.
*terasa
sikit dengan slogan di atas, sebab aku ada beli sekor kucing ala-ala
siam, sebab kepingin sangat kucing siam uols. Tapi sekarang dah tak beli
dah. Namanya Embun, lain kali aku citer pasal kucing aku yang lain lain
ye ;)*
Bye!
Subscribe to:
Posts (Atom)