Wednesday, December 1, 2010

I'm Back!

0 comments

Aku tahu sesetengah orang sedang mencari-cari aku sekarang.
Update ini hanya ingin menyatakan yang aku masih ada di sini!

Monday, June 28, 2010

Kena rogol

2 comments

Apa??? Kena rogol? Sapa? Sapa?

Saya? Oh tidak, mestila tak..Motif?Ni haa...

Choyy sangat kan? Merogol di khalayak ramai tanpa segan Tilu silu.

Sekadar mengisi masa bosan aku di lab neh. Mujurlah bawak laptop. Kalau tak, septic shock aku akibat keboringan yang melampau-lampau.

Oh, Sesungguhnya sangat bosan di Lab Mikobakteriologi neh. Rasa macam nak pengsan kebosanan.
Sakit mata kena baca mikroskop. Baru baca dalam 2 3 minit camtuh, rasa pening-pening, muntah-muntah gituh.

Sunday, June 27, 2010

Job

Time to look forward...o.o

Actually, aku tak tahu nak buat apa lepas konvo nanti. Keliru. Takut. Cemas.
Tetapi, semakin ramai kenalan especially bila buat practical, juruteknologi, pegawai sains, pegawai penyelidik, pelajar postgradute dll., pelbagai cadangan telah ku dapat tentang haluan hidupku selepas ini. Maka, telah ku buat keputusan untuk mulai mencari kerja sekarang. Walaupun sukar untuk mendapatkan pekerjaan sekarang, namun aku akan tetap bertawakal dan mencuba. Semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya dan mendapat petunjuk-Nya. Amin.

Namun, manusia cepat berubah. Mungkin selepas ini, keputusan aku berubah, tiada siapa yang tahu. Bak kata pepatah, "sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula manusia"...

P/S: Post kali ini lebih bersifat tawaduk dan lebih sopan akibat geloranya perasaan penulis tentang masa depannya. Sekian. :-)

Friday, June 18, 2010

Kena Tag

6 comments
Iols tetiba pengsan setelah ditagged oleh Iss89 sebab terlalu berbesar hati walaupun  dipilih oleh random machine katanya. +__+

Bagi menghormati kehendak keperluan dan pesanan penaja (Iss, 2010), aku jawablah soalan-soalan yang buat hari-hari aku terisi sikit malam neh. Wakakakaka *feeling Shakira Waka Waka* At least, bolehlah menghilangkan rasa bosan aku malam ni since aku takde buat ape-ape ni.

Soalan-soalan adalah seperti berikut:

1 . Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih name itu ?
BLOGKU YANG SEINDAH BIASA. Aku pilih nama ni sebab aku tak tahu nak letak nama apa. Tak mampu terpikir nama-nama yang meletop bak MONSTER, BUDAK KAMPUNG pelbagai. So, aku letak la nama blog ini persis lagu Siti Nurhaliza Seindah Biasa, yakni sesuai dengan tema blog ni iaitu blog biasa-biasa jah, tak macam orang lain nye blog. Tu pasal lah, jarang-jarang sekalik nak hapdate nye..+__+

2 . Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu ?
http://wanpunblog.blogpot.com. wanpunblog tu dalam bahasa Sarawak maksudnya 'wan punya blog' atau 'blog kepunyaan Wan'. Wan itu sah-sah la nama aku...+__+

3 . Apakah method dalam penulisan anda ? 
Hah? Method ape neh? Macam wat lab report lak. Keji sangat soalan. Baiklah, aku cuba jugak menjawab soalan hanjeng neh dengan sebaik mungkin. Method yang aku gunakan semestinya menaip. Aku taip apa aku rasa nak taip. Biarpun benda yang sekecil zarah pun aku akan tulis kalau aku mau...Wakakakaka.

4 . Pernah terasa nak hapuskan blog anda ? Sebabnya ? 
Pernah. Dan selalu terfikir nak delete. Especially bila dah berminggu-minggu tak update. Takde sebab, suka-suka nak delete. Boleyy?

5 . Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda dan ape kata mereka ?
Keluarga terdekat kah? Takde. Maka mereka pun tisak berkata apa-apa. Tapi cousin aku adalah. Dia kata blog aku best *matila menipu*.. +__+ 

6 . Apa perasaan anda apabile orang lain mengatakan bahawa anda punya blog ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda chantek ?
Erm...Takde lagi yang sanggup cakap blog aku buruk. Sume kate comel. *matila perasan* Tapi kalau ade gak yang kata buruk, huh!! siapla korang!!!!!! 
 
7 . Bilakah anda mempunyai blog ? 
 27 Februari 2010. Before ni pernah ada, tapi perlu ke aku bagitahu benda dah berkurun lama tuh?

8 . Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog ?
Izlan, merangkap bestfriend, coursemate, roomate, industrial-training-mate dan macam-macam mate lain lah.

9 . Apa perasaan anda apabila orang asyik mengatakan tentang blog anda di sekolah ?
Motif soalan????? Aku dah lama berenti sekolah. Dan kat sekolah aku takde blog lagik.

10 . 10 orang seterusnya untuk di-tag . 
Erkk...soalan susah ni. 
Hadoh, penat mengetag. Dahlah, malas nak tag lagi. Bukannya korang nak buat pun...^^
Ok, chow bedah!

Random entry

1 comments
Salam satu Malaysia kepada pembaca.

Tiba-tiba greeting penuh skema.

Ditemani bunyi kipas dan lagu Rossa, Hati Yang Kau Sakiti, aku tulis post ini dengan penuh tenang dan dengan perasaan yang kosong. Well, today is Friday, which means, cuti di Kelantan. Aku masih tertanya-tanya apa sebab musababnya di negeri-negeri Pantai Timur neh cuti hari Jumaat. Tak seiring ngan negeri-negeri lain. Nak tanya kat orang kat rumah neh, tetapi segan plak.

Ape-ape pun, hari ni pergi Pasar Jumaat yang mana tiap-tiap minggu kot pergi kat situ sejak minggu pertama lagi aku kat sini. Ini minggu ke-enam aku kat Wakaf Bharu. Maka 1 X 6 = 6 kali dah pergi ke pasar ni. Aku pun tak tahu asal aku pergi tiap-tiap minggu? Mungkin ada makanan kot. +__+

Minggu ke-6 aku kat sini bermaksud ada 2 minggu lagik nak habis practical yang buat aku pening. Best tapi bosan.Apekah maksud?

Hrmm...Maksudnye, tak lama lagi aku kat sini. Dan tak tahu lagi  kapan lagi aku akan menjejak kan tangan ke sini lagi. Secara sinopsisnya, Kelantan is not bad like what others say. Orang-orang kat sini ramah tamah Aidilfitri je. Kalau jumpe orang tak friendly kat sini, bukan orang Kelantan la tu. Orang Amerika kot. Tapi sepanjang aku kat sini, aku terasa kekosongan, macam ada ruang kosong di sudut hati aku ni *tetiba feeling cerekarama*. Mungkin aku rindukan kampung halaman kot. Rindu kat mak ayah, hrmm...rinduuuuuu~

Oh ye, anak itik aku mati hari ni *tetiba*. Beberapa minggu lepas, ayah kawan aku, empunya rumah yang aku stay  skang ni, bagik aku sepasang anak itik untuk aku main-main di sore hari. Baikkan pakcik Hadi ni. Ye die memang baik. Dan rajin. FYI, die seorang pembuat cendol, lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang ni. Kiranya dah pro. Otai cendol dah ni. Semoga, Tuhan limpahkan rezeki kepadanya. Berbalik cerita itik tadi, haa, tu la, pagi tadi tengok-tengok seekor je tinggal. Tetiba aku rasa pitam bagai nak pengsan, menangis meraung-raung meratapi pemergiannya. Gurau je. Motif meraung-raung bagai? Sedih je. Hrmm...

SO, aku dalam perjalanan menuju ke hari-hari terakhir di sini. Sedih siot...

Sekian.

Tuesday, June 1, 2010

Filem Hikayat Merong Mahawangsa (The Malay Chronicles)

2 comments
Filem epik terbitan KRU yang menelan belanja kira-kira RM8 juta. Class!! Diarah oleh Yusry Abdul Halim dengan barisan pelakon seperti Stephen Rahman Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Henrik Norman, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Dato' Rahim Razali, Ummi Nazeera, Nell Ng, Craig Fong, Keith Chong, Jehan Miskin, Cat Farish, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam, Cico, Vanidah Imran dan Faiz Aizuddin Azmi pemenang drama pendek ERA. Dijangka akan ditayangkan tahun hadapan. 
 



Sunday, May 30, 2010

Kelantan Darul Naim [Part 2]

11 comments

Vrooooommmmmmmmmm~

Begitulah bunyi mirip mesin fogging yang memfogging blog aku yang ade sarang nyamuk beranak-pinak neh.... Fuhhh~ Lama sungguh terbiar.
O.O Wahhh~ jarum suntikan dan sarung kondom pun dijumpai jugak... Teruk benar dah blog neh sebab lama xdijenguk weyh! Kalo dibiarkan maunye jadi tempat pemujaan Iblis ni nanti.

Hrmm...Atas permintaan peminat +__+ , aku ketepikan rasa penat aku neh baru balik dari keje *praktikal je pun* terus ke laptop untuk update blogku yang seindah biasa ni. *matila feeling blog no. 1 negara...pengsan*

Pejam celik, bangun tidur, kini dah masuk minggu ke-4 aku kat Kelantan Darul Naim, lebih spesifik di Kampung Kedemit, Wakaf Bharu. Dan selama itulah aku terasa sibuk bagai nak pengsan buat praktikal, dan tak sempat nak update blog, facebook, YM bagai. Bukan sibuk apa, penat bila balik kerja walaupun kat lab dah puas tido.

Kalau nak cerita satu-satu dari hari pertama sampai hari ni, mahu bengkok jari aku nak menaip, sebab terlalu banyak. Maka, cukuplah untuk korang tahu yang aku seronok tinggal di sini. Punya ramai kenalan baru ditempat kerja, jalan-jalan tempat baru....hrmm...macam-macam lah. Nak cerita detail memang maka masa separuh abad, maka cukup lah korang tahu yang aku sini sihat je, takyah la risau lebih-lebih *feeling perasan*.

Oh, tanpa segan silunya, berikut adalah gambar bacaan penimbang pada 20 Mei lepas.
Kan???Motif sengih-sengih? Nak kutuk aku gemuk la tu!! Sape la khianat aku melalui mesin penimbang neh???
Hahahaha...Before mari Kelantan, berat aku bawah 60kg ok! Lihat betapa aku sihat sejahtera di sini...
Matila time konvo nanti, badan dah serupa kodok.
Kodok. ONG~ONG~

Dah, dah!!! Cukup cerita pasal berat badan neh, SENSITIF! Bergetar-getar lemak perut aku dengar pasal berat badan neh..

Next, cerita pasal LI pulak a.k.a Latihan Industri. Untuk yang masih tak tahu lagi tuh, ni nak bagitahu yang aku ngah wat praktikal kat HUSM, Kubang Kerian, Kelantan. Dan dah dekat sebulan dah buat praktikal kat sini. Start dari minggu pertama kat Makmal Parasitologi, minggu kedua kat Kaunter, Minggu ketiga kat Makmal Mikologi dan minggu keempat yakni minggu ni kat Makmal Serologi. Nak citer malas, so, kita tengok gambar je lah ye.;-)


 
Di hari pertama LI, 2 Mei 2010.
Yang pakai baju biru tu lah teman se-LI aku kat sini. Dan rumah dia jugaklah tempatku berlindung dari panas dan hujan. +__+

 
 Makmal Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan.
Kat sini la, aku tiap-tiap hari pergi. Time ada kerja, tu memang sibuk lah. Time tade keje tu, gi la ceruk-ceruk mane kat lab tu carik tempat tidur. Pitam ok, tunggu berjam-jam nak balik.
FYI, pernah aku terlelap kat atas kerusi kat atas neh.

 
Ni pulak pelatih-pelatih Latihan Industri di tempat yang sama. Ada 14 semuanya.
Mengancam kan gambar-gambar dorang. Cube teka yang mana satu aku.
Motif aku censored kan nombor telepon dorang? Aku pun tak rajin nak censored-censored neh. Ikutkan hati nak je bagik tengok nombor dorang neh. Tapi atas sebab-sebab privasi, terpaksa la aku censoredkan. Huh? Korang pun tak ingin nak tahu? Tu korang k, korang ingat korang je yang baca blog aku neh? Ramai lagi yang baca ok! *matila riak!!!* Nanti aku kena saman atas tuduhan mencabuli hak-hak asasi dan privasi orang camne? Korang nak bayar?? JAWAB!!!
Kalau nak sangat berkenalan ngan dirang, email je aku, nanti aku sampaikan pesanan.

 
Gambar ni di amik dari Makmal Parasitologi. Ni macam cacing yang lam perut tu la. Macam familiar kan? Pernah tak korang kena cacing time kecik-kecik dulu, yang sampai gatal-gatal lubang punggung tu? Hah, ni lah cacing nye. Macam-macam jenis ada. Gi la Google. :)
 
Ni tragedi kebocoran siling Makmal Parasitologi. Habis Banjir satu lab ni *hiperbola je*.

 
Gambar ni pulak, di amik dari mikroscope Makmal Mikologi.
Ni gambar Candida albicans. C. albicans ni antara microrganisma yang common untuk didiagnose.
Sila buat further reading tentang C. albicans ni ye. Kat badan sape-sape ada benda ni.
 
 Ni kat Makmal Serologi.
Gambar result untuk RPR (Rapid Plasma Reagin) test untuk pre-screening Syphilis. *Reagin tu bukan typo ok! Memang aku tiru sebijik-sebijik dari manual book*
Takde pepe gambar ni sebenarnya, just nak tunjuk yang nombor 8 tu je. Ada agglutination. So MAYBE Syphilis. Tapi tak semestinya. Ni cuma screening je. Then proceed untuk confirmation.
Kalau patient nombor 8 tu confirm Syphilis, hahaha~ Sex rambang katanya... +__+

 
Ni time ada Majlis Kesyukuran kat Jabatan. Semua dijemput termasuk pelajar-pelajar Latihan Industri.
Maka, melantak la! Sampai kembung perut makan makanan free.
Oh ye, maybe 10 Jun ni, kami, palatih-pelatih Latihan Industri akan mengadakan jamuan untuk staf-staf jabatan. Hahaha~ Makan lagi!
So, nak announce sikit la, kat Kelantan ni, aku ada hobi baru, iaitu MAKAN. Sekian harap maklum.

Chakkk!!!! +__+
Sempena hari pertama kat Makmal Serologi.
Nyampahkan tengok gambar ni. Rasa nak picit-picit je pipi yang berminyak-minyak tu.
AWWW~

Hrmmm... Ni baru citer pasal kat lab. Gambar-gambar kat lab ni tak banyak sangat. Bukan apa, segan weyh nak bergambar kat lab tu. I kan pemalu. Tau la dorang akan cakap "ADE AKU KESAH", tapi tak molek bila lelaki melayu buat cenggitu kan? :) wakakkaka~
Tak cerita pasal kehidupan sehari-harian kat sini pulak and special event yang lain.

Aku sambung kat post akan datang pulak ye.
+__+"

Nampaknya, masa mencemburui kita. *tetiba* . Kita sambung part 3 pulak.

Sunday, May 9, 2010

Kelantan Darul Naim [part 1]

9 comments
[Mode penat dan sakit-sakit badan]

Sekarang bersiaran langsung dr Kampung Kedemit, Wakaf Bharu, Kelantan. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Kelantan. Errr....Atas alasan nak buat practical @ Latihan Industri kat HUSM, Kubang Kerian neh.

[Day 1]

Hrmm...Dari KL, aku bersama Izlan naik train ke Kelantan ni. Mungkin bukan untuk korang, tetapi ini adalah pertama kali aku naik train dan gi Kelantan. Ye lah, anak manja la katakan, nak gi mana-mana pun kena ada teman, lagipun naik kapal terbang je. hahahahaha. Sakit giler belakang naik train, yang kelas biasa tu, plus, kerusi tu xdapat nak turunkan. Sebagai akibat, aku pun tak selesa dan xdapat tidur nyenyak sepanjang 14 jam perjalanan tersebut.... :nanges:

OH, lupe part paling penting. Masa pegi KL Central, abng aku hantarkan. Hmmm...Sayang jugak dia kat aku dengan tidak membiarkan aku bersusah payah. :terharu lebih2: Lagi satu, kehadiran Ang Yi Hui dan Shahril Efzueni turut memeriahkan Kl Central hari tu. :sedih: terpaksa berjauhan dengan diorang. Setelah lama bersama, terpaksa ikut laluan keretapi masing-masing +__+.

If you both read this, I would like to thank u guys for being there for us. It's a very wonderful moment. And I wish we can meet again soon.
P/S: Donut Shahril bagik semalam sedap ^^

Pukul 8.30pm hari Jumaat bertolak dan kira-kira pukul 10.30 pagi keesokkannya sampai. Then dijemput oleh keluarga Pakcik Hadi sekeluarga membuatkan kedatangan aku seakan dialu-alukan. ^^

Well, nothing much to do right after we reach their house. Sampai je, Makan mi hasil belian pakcik Hadi dan Makcik Ani. Rasa bersalah sebab nasi lemak dan nasi kerabu yang diorang siap-siap beli tak dimakan, sebab aku tak pandai makan kedua-dua nasi tersebut. dan diorang beli mi goreng. T__T

Then kemas barang sket, pastu tido petang sejenak selama 2 jam. Pastu kuar gi PTK (nama supermarket) beli berus gigi...no..no..no..bukan berus gigi aku ye, berus gigi Izlan. Dia tertinggal berus giginya di Flat Bukit Angkasa nu.

Hrmm...Hari ni aku tak berapa sihat.Pening, batuk, selesema dan sakit-sakit badan. Haizzz...Maklumlah, badan orang tua, nak buat macammane...Korang jangan la risau lebih-lebih. I'm alright la.. :perasan nak mampus orang concern kat aku:  

Tu je wat hari ni...Sebab badan pun xsedap, penat je. Plus ngantok, maybe sebab makan Sirap Ubat Batuk Hurix tadi kot...

P/S: Rumah ni cantik sangat. I like... Nanti kalo I ada masa dan peluang, aku ambil gambar dan post...Kalau tuan rumah benarkan gambar rumah diorang dikomersialkan...

P/P/S: Malas nak upload gambar kat KL Central dengan Yi Hui ngan Shahril. Tak copy lagi, malas nak carik card reader lam beg. T__T

Sekian. [To be continued]


Wednesday, April 21, 2010

Berehat Sebentar

3 comments
\
*erkkk...pengsan sejenak*


Dah start bulan peperiksaan UM

&

sedang bertapa di dalam bilik study bagai nak terpelanting bijik mata dari soket mata
*dengan erti kata lain, segala kegiatan berkaitan internet disekat buat sementara waktu*


Habis exam dah nak start practical plak kat HUSM, Kubang Kerian, Kelantan

See you there!

Saturday, April 17, 2010

Kenapa aku malas?

8 comments

Sekarang aku bersiaran langsung dari Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Buat apa? Ya! Sedang bertapa mentelaah untuk final exam minggu depan, kononnya...Tapi end up with bukak laptop untuk download nota  bukak facebook, twitter, blog dan mengelamun jauh ibarat laki mati bini. +_+.

Haiz, kenapa la aku ni malas, tak macam Nur Madihah, yang dapat 20A dulu. Hrmm...mana la agaknya die dapat genetik rajin tu, dari mak die kot. +_+

Teringat semangat kerajinan msa sekolah rendah dulu. Cita-cita bak setinggi Empire State Building ok! dulu, before UPSR *huh? xtahu UPSR tu ape? hamboi...mentang-mentang dah lama meninggalkan sekolah rendah UPSR pun dah lupe? UPSR: Ujian Penilaian Menengah Rendah ok!* semua nak dapat 5A. 5A ok! Kalau kawan-kawan mintak isik buku biodata, memang ayat tipikal : Doakan aku dapat 5A...Tapi, setakat doa jah, korang study pun macam sirih pulang ke gagang hangat-hangat taik hanjeng, baik lupakan je lah... *ok ak dah mula merepek, Wan! straight to the point please!*

Hmmm...mari kita sama-sama mengorek-ngorek, kenapa aku sangat malas study? Kenapa? Kenapa????!!! Dan cara untuk mengatasinya. +_+

1. Aku malas nak study sebab aku rasa kalau aku study bagai nak rak, bagai tercabut segala sendi-sendi, bagai pecah segala lemak-lemak ni, pun aku xdapat jawab jugak soalan. Tak tahu la kenapa susah sangat nak ingat info-info neh.
Komen: Tau takpe, yang ko tak amalkan makan kismis doa, buah kurma tu apasal? Haa! Buat la lagi benda-benda maksiat dan lagho, tu pasal la ilmu tak lekat. Mana tak nya, kalau study tuh, tengok orang main facebook, ko nak main facebook gak, tengok orang tido, ko nak tido gak, tengok orang nak mandi, ko nak mandi bersama-sama gak. Makanya, sila engkau punya pendirian sendirik dan motivatekan diri itu. Ko study untuk sapa? bukan untuk sapa-sapa ok! untuk kau! ya ENGKAU! erkk..*tetiba emo*


2.Bila nak study je, mulalah, mata ngantok la, badan gatal-gatal la, sakit kepala la, tetiba sakit perut, rasa perut ni berangin-angin la.
Komen: erkk...mata ngantok sebab ko xfokus kot. Kalau ko fokus mesti ko tak ngantok. Bak kata Isst Petrelli, F.U.C.K (Fokus Untuk Capai Kecemerlangan) +__+...Lucah sangat motto hidup kan? 
Gatal-gatal badan? tu la, ko gatal sangat sape suruh? *larikkkkkkkk
Sakit perut dan berangin-angin? Ermm...No komen, sapa tak pernah sakit perut? angin-angin? kentut je la, tu pun nak kena ajar ke? *kata-kata yang langsung tak membantu* +_+


3.Bila nak study tu, tak sah kalau tak menulis, tapi masalahnya, nak menulis tu, tangan jadi penat ok! tulis sikit je terus kejang tangan, rasa nak give up! Penat weyh, tangan menulis sampai ketar-ketar! Nanti takde tenaga nak tulis time exam.
Komen: Hello!!Apakah motifnya diciptakan Microsoft Word lam laptop itu? Sekadar menaip report dan thesis jah katanya.+__+. Ataupun ko kena wat senaman tangan la weyh, kuatkan otot-otot tangan tu. Sila beli Dumbbell sekarang!

4. Malas nak study awal-awal. Nanti lupa, nak study last minit, baru cepat masyuk. Lagipun I need pressure, baru leh study.
Komen: Itu orang lain punya tagline hokkay! Motif nak guna tagline feeling-feeling sehati sejiwa? Ko lain ok, dorang lain! Ko tu otak sedikit bebal, kena prepare awal sket dari orang lain! Masyuk, tak masyuk, yang penting 'prepare early' ok!


5. Takde mood nak study.
Komen: Persetan mood ko itu. Tu bukan mood, tu bisikan syaitan ok! *Imagine syaitan berbisik, "uuuu~jangan study...uuu~jangan bukak buku, bukak facebook" +__+...OK merepek kali kedua! Next!

6. Ada orang tu, tak study pun dapat gred ok. Ade yang datang kelas awal-awal sem je, tapi dapat je jawab.
Komen: Sila rujuk nombor 4. Malas aku nak layan ko ni, nak ikut orang je keje. Ko ingat ni macam twitter ngan blog ke nak follow-follow?


7. Rasa nak jadi artis la, malas nak study.
Komen: erkk....mampu ke ko jadi artis? +__+ Setakat suara sengau ibarat orang sakit tekak selesema bagai. Sekalipun nak jadi artis, jadi la artis yang educated persis Dr. Fazley itu, siap ada PhD uols! Kau mampu? Ya! Kau mampu kalau ko rajin! ;)


8.Malas la, dah last-last ni, struggle mana pun, pointer tak naik banyak sangat pon.
Komen: Agi Idup Agi Ngelaban! ~


9.Entahlah, makin study, makin lapar, bila lapar, tak leh study. Otak jammed. Dahlah malas study, malas nak beli @ masak lak tu.
Komen: Ko ni, alasan makin tak logik langsung. Kan Izlan ade, suruh la die buat @ beli. *larikkkkkkkkkkkkkk!     


10.Time study,teringat kampung halaman, sawah padi luas terbentang. Sedih.
 Komen: Ahhh! KO ni entah pe pe je. Dah, dah, aku malas nak layan ko.Sila berambus sekarang dan sambung study!!!


Blog tetiba terhenti akibat penulis terus insaf dah terus study Mikrobiologi Kepatogenan yang examnye 23hb April (First paper ok!) ni. Wish him Good Luck.....
 

Friday, April 16, 2010

Thesis...Oh...Thesis...

7 comments
Vrooommmmm~(bunyi vacuum cleaner)...before aku bukak crita, aku nak sedut sume sawang-sawang dan habuk-habuk karat lam blog aku neh.lalalalalaala~ *membersih*

Ehem...ehem...

Tadaa~Proudly present~


.
.
.
.
.

Thesis 3 copies uols!!! credit to Izlan sebab pakai printer die~

Ni lah benda yang membusykan aku selama beberapa purnama sampai nak update blog, update facebook pun tergendala....+__+
Ape-ape pun sekarang, dengan bangganya aku mengisytiharkan yang aku dah hantar thesis aku yang bertajuk 'ANTIMICROBIAL ACTIVITY OF SELECTED PLANT EXTRACTS AGAINST TEST MICROORGANISMS'.

Lethorpz kan tajuk? +_+

Ape-ape pun, dengan segala berkat usaha dan kesabaran yang dikurniakan oleh Ilahi dan sokongan rakan-rakan terutamanya Izlan Hadi yang senantiasa disisiku dalam susah senang menyiapkan thesis ni, akhirnya siap jugak thesis itu dan pada tarikh 14 April 2010, maka dengan rasminya, thesis aku itu telah dihantar ke Pejabat Jabatan Genetik dan Mikrobiologi dan juga Dr. Koshy. Semoga, aku dan rakan-rakan lain dapat A hendaknya...Aminnn..

Terkenang masa di awal tahun sem lepas, masa start nak buat projek....huuu~
Kitorang antara yang terawal start buat projek, masa tu, student lab kosong lagi, suci dari noda-noda.
Ingat lagi time tu, Lan wat tajuk tentang oral microbiology detection of salmonella on chopping board ferment timun ngan daging. Dan aku pulak tengah sibuk ke hulu, ke hilir, ke selatan, ke utara, mencarik bahan-bahan untuk buffer segala bagai, tapi last-last xpakai buffer pun..T__T :nanges:

Lagi gambar:
*Borang penyerahan thesis*


Tadaaaa~ Bergambar feeling bagai dapat award gold medal untuk research *pengsan*
Thanks also to Yi Hui sebab bagik sokongan moral dalam menyiapkan thesis aku neh, nama-nama lain jugak seperti Shahril, Hidayah, Hadi, Izzati, Fitrah, Zilah, Syah, Abg Jeff, dan ramai lagik...Thanks ye 

WALAUBAGAIMANAPUN, KEPADA STUDENT PROJECT DAN TINJAUAN BACAAN MICROBIOLOGY UM SESI 2009/2010, TAHNIAH ATAS KEJAYAAN KORANG SEBAB DAPAT MENYIAPKAN THESIS DENGAN JAYANYA TANPA ATAU DENGAN MENG'COPY PASTE'!!!

♥♥♥

Sunday, April 11, 2010

Happy 22nd Birthday Shahril Efzueni!!!!

6 comments
It's Sunday and it's 11th of April!!!


Entry kali ni, aku tujukan khas buat Mr. Presiden Kolej 7 merangkap antara kawan aku yang terawal aku kenali di University of Malaya ini. He's one of my besties yang kini megah berdiri di persada kegemilangan dan kemasyhuran di UM tu. Sebut jah Shahril Efzueni Rozali, sape tak kenal kat UM tu? *matila riak die lepas ni +_+*


Sekiranya dia baca post kali ni *dengan confident level 95%*, Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-22, semoga dipanjangkan umur dan dipanjangkan mana-mana bahagian badan ko yang boleh dipanjangkan *matila lucah*.



*FAINTED!!!*
Sila drop wish anda kat wall facebook beliau, sekiranya dirasakan perlu.


So, ape lagi Shahril? Mari kita sama-sama mencelebratekan hari jadi ko hari ni, dengan menggunakan 100% duit ko. *ketawa jahat dengan suara berkahak-kahak* +__+ 


Dah tua pun die, dulu kecik je, dah la kecik, kurus, hitam pulak tu. +_+
So, di bawah ni aku sambung wish aku dalam bentuk point. Boley?


1. Semoga dipanjangkan umur dan dipanjangkan mana-mana bahagian badan ko yang boleh dipanjangkan. *ayat familiarkan? aku cop ayat kat atas tu jah*. Contoh bahagian badan? Hrmm, dipanjangkan bulu hidung akal boleh?


2. Semoga dimurahkan rezeki walaupun rezeki ko memang melimpah ruah dengan duit biasiswa yang berjuta-juta beribu-ribu tuh...lalalalalala~


3. Semoga kepopularitian ko semakin menyerlah di kalngan manusia sejagat UM dan mungkin di Malaysia *mungkinkah masalahnya? +__+*.


4. Semoga dikurangkan beban ketensionan kepala hotak ko akibat jawatan yang ko sandang skang: PRESIDEN KOLEJ 7 UM!! Diulangi PRESIDEN!!!! lerthopz! *sila paksa diri para pembaca untuk impress!!!wakakakakakaka, Matila kena sembur dek efzueni pasni, pasrah!


5. Semoga ko terus sukses di dalam pelajaranmu juge. *perkataan TERUS itu menunjukkan die memang seadanya sukses sejak di bangku sekolah tadika lagik!* FYI, die budak Biotechnology. *korang kesah? YA! Tidak! larikkkkk*


6. Semoga di tempatkan di kalangan manusia-manusia yang beriman hendaknya. *erkk....bolehke ucapan sedemikan diselitkan sebagai ucapan happy birthday? o.O*


7. Last but not least *dah penat taip dah sebab takde tenaga nak taip lagi, iols bangun seawal 6 pagi hari neh!!! Blom breakfast, tunggu Shahril belanja kek*, semoga sentiasa menjadi insan yang berguna dan hamba Allah yang bertaqwa dan bersyukur T__T dan mengikut segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. *insaf*


Maka, nah cake sempena birthday ko ini hari.


 *Makan sehingga menjilat jari kaki kawan di sebelah*

OK, I wish you enjoy your birthday today!!!!
+__+






Friday, April 9, 2010

Fireflies by Owl City

3 comments
Fireflies
by Owl City





You would not believe your eyes
If ten million fireflies
Lit up the world as I fell asleep
'Cause they fill the open air
And leave teardrops everywhere
You think me rude
But I would just stand and stare

I’d like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It’s hard to say that
I’d rather stay awake when I’m asleep
'Cause everything is never as it seems

'Cause I get a thousand hugs
From ten thousand lightning bugs
As they try to teach me how to dance
A foxtrot above my head
A sockhop beneath my bed
The disco ball is just hanging by a thread (thread, thread)

I’d like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It’s hard to say that
I’d rather stay awake when I’m asleep
'Cause everything is never
As it seems (when I fall asleep)

Leave my door open just a crack
(Please take me away from here)
'Cause I feel like such an insomniac
(Please take me away from here)
Why do I tire of counting sheep?
(Please take me away from here)
When I’m far to tired to fall asleep

To ten million fireflies
I’m weird cuz I hate goodbyes
I got misty eyes as they said farewell (said farewell)
But I know where several are
If my dreams get real bizarre
'Cause I saved a few and I keep them in a jar

I’d like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It’s hard to say that
I’d rather stay awake when I’m asleep
'Cause everything is never as it seems (when I fall asleep)

I’d like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It’s hard to say that
I’d rather stay awake when I’m asleep
'Cause everything is never as it seems (when I fall asleep)

I’d like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It’s hard to say that
I’d rather stay awake when I’m asleep
Because my dreams are bursting at the seams



.
.
.
.
.
.
.
.
OK, sekarang tengah take a break sekejap buat kerja....

Woohoo!!! *tetiba*
Sangat menggemari lagu ini! Entah bila lagu ni kuar pun aku tak sempat nak siasat, tp sangat best *bagi haku ok, kalau ko rasa xbest, ko ingat aku kesah? 100% TIDAK* Terima kasih kepada Radio No. 1 Malaysia ERA.FM +__+ kerana tengok carta 30 Era la aku ditemukan jodoh ngan lagu ni.


Penyanyi ni pun haku first time dengar *ha'ah ye, aku mungkin baru keluar dari hutan setelah di culik sekumpulan serigala selama beberapa purnama, sebab itu aku tak berapa tahu sangat*.


Maka, siapa-siapa yang baru keluar dari gua-gua terpencil sekitar Malaysia ni, sila hapdet!
Dan aku mula start minat Owl City neh. Sila click link ke official website hendaknye. Suara ala-ala orang sengau yang sakit tekak, berkahak segala. Suka!♥
Suka kan?

OK, time untuk sambung taip thesis yang entah bila kan siap. Hingga hujung nyawa mungkin?



OK, sambung baca jurnal!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails