Sekarang aku bersiaran langsung dari Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Buat apa? Ya! Sedang bertapa mentelaah untuk final exam minggu depan, kononnya...Tapi end up with bukak laptop untuk download nota bukak facebook, twitter, blog dan mengelamun jauh ibarat laki mati bini. +_+.
Haiz, kenapa la aku ni malas, tak macam Nur Madihah, yang dapat 20A dulu. Hrmm...mana la agaknya die dapat genetik rajin tu, dari mak die kot. +_+
Teringat semangat kerajinan msa sekolah rendah dulu. Cita-cita bak setinggi Empire State Building ok! dulu, before UPSR *huh? xtahu UPSR tu ape? hamboi...mentang-mentang dah lama meninggalkan sekolah rendah UPSR pun dah lupe? UPSR: Ujian Penilaian Menengah Rendah ok!* semua nak dapat 5A. 5A ok! Kalau kawan-kawan mintak isik buku biodata, memang ayat tipikal : Doakan aku dapat 5A...Tapi, setakat doa jah, korang study pun macam sirih pulang ke gagang hangat-hangat taik hanjeng, baik lupakan je lah... *ok ak dah mula merepek, Wan! straight to the point please!*
Hmmm...mari kita sama-sama mengorek-ngorek, kenapa aku sangat malas study? Kenapa? Kenapa????!!! Dan cara untuk mengatasinya. +_+
1. Aku malas nak study sebab aku rasa kalau aku study bagai nak rak, bagai tercabut segala sendi-sendi, bagai pecah segala lemak-lemak ni, pun aku xdapat jawab jugak soalan. Tak tahu la kenapa susah sangat nak ingat info-info neh.
Komen: Tau takpe, yang ko tak amalkan makan kismis doa, buah kurma tu apasal? Haa! Buat la lagi benda-benda maksiat dan lagho, tu pasal la ilmu tak lekat. Mana tak nya, kalau study tuh, tengok orang main facebook, ko nak main facebook gak, tengok orang tido, ko nak tido gak, tengok orang nak mandi, ko nak mandi bersama-sama gak. Makanya, sila engkau punya pendirian sendirik dan motivatekan diri itu. Ko study untuk sapa? bukan untuk sapa-sapa ok! untuk kau! ya ENGKAU! erkk..*tetiba emo*
2.Bila nak study je, mulalah, mata ngantok la, badan gatal-gatal la, sakit kepala la, tetiba sakit perut, rasa perut ni berangin-angin la.
Komen: erkk...mata ngantok sebab ko xfokus kot. Kalau ko fokus mesti ko tak ngantok. Bak kata Isst Petrelli, F.U.C.K (Fokus Untuk Capai Kecemerlangan) +__+...Lucah sangat motto hidup kan? Gatal-gatal badan? tu la, ko gatal sangat sape suruh? *larikkkkkkkk
Sakit perut dan berangin-angin? Ermm...No komen, sapa tak pernah sakit perut? angin-angin? kentut je la, tu pun nak kena ajar ke? *kata-kata yang langsung tak membantu* +_+
3.Bila nak study tu, tak sah kalau tak menulis, tapi masalahnya, nak menulis tu, tangan jadi penat ok! tulis sikit je terus kejang tangan, rasa nak give up! Penat weyh, tangan menulis sampai ketar-ketar! Nanti takde tenaga nak tulis time exam.
Komen: Hello!!Apakah motifnya diciptakan Microsoft Word lam laptop itu? Sekadar menaip report dan thesis jah katanya.+__+. Ataupun ko kena wat senaman tangan la weyh, kuatkan otot-otot tangan tu. Sila beli Dumbbell sekarang!
4. Malas nak study awal-awal. Nanti lupa, nak study last minit, baru cepat masyuk. Lagipun I need pressure, baru leh study.
Komen: Itu orang lain punya tagline hokkay! Motif nak guna tagline feeling-feeling sehati sejiwa? Ko lain ok, dorang lain! Ko tu otak sedikit bebal, kena prepare awal sket dari orang lain! Masyuk, tak masyuk, yang penting 'prepare early' ok!
5. Takde mood nak study.
Komen: Persetan mood ko itu. Tu bukan mood, tu bisikan syaitan ok! *Imagine syaitan berbisik, "uuuu~jangan study...uuu~jangan bukak buku, bukak facebook" +__+...OK merepek kali kedua! Next!
6. Ada orang tu, tak study pun dapat gred ok. Ade yang datang kelas awal-awal sem je, tapi dapat je jawab.
Komen: Sila rujuk nombor 4. Malas aku nak layan ko ni, nak ikut orang je keje. Ko ingat ni macam twitter ngan blog ke nak follow-follow?
7. Rasa nak jadi artis la, malas nak study.
Komen: erkk....mampu ke ko jadi artis? +__+ Setakat suara sengau ibarat orang sakit tekak selesema bagai. Sekalipun nak jadi artis, jadi la artis yang educated persis Dr. Fazley itu, siap ada PhD uols! Kau mampu? Ya! Kau mampu kalau ko rajin! ;)
8.Malas la, dah last-last ni, struggle mana pun, pointer tak naik banyak sangat pon.
Komen: Agi Idup Agi Ngelaban! ~
9.Entahlah, makin study, makin lapar, bila lapar, tak leh study. Otak jammed. Dahlah malas study, malas nak beli @ masak lak tu.
Komen: Ko ni, alasan makin tak logik langsung. Kan Izlan ade, suruh la die buat @ beli. *larikkkkkkkkkkkkkk!
10.Time study,teringat kampung halaman, sawah padi luas terbentang. Sedih.
Komen: Ahhh! KO ni entah pe pe je. Dah, dah, aku malas nak layan ko.Sila berambus sekarang dan sambung study!!!
Blog tetiba terhenti akibat penulis terus insaf dah terus study Mikrobiologi Kepatogenan yang examnye 23hb April (First paper ok!) ni. Wish him Good Luck.....