Thursday, April 8, 2010

Minggu Terakhir Kuliah dan Perhimpunan Merah

"Setiap yang bermula pasti akan berakhir."

*post kali ni nak guna kaler merah sebab gambar-gambar kali ni banyak kaler merah!*

Pejam celik, pejam celik, dah 3 tahun dah aku kat UM neh. Kalo besarkan budak ni, dah pandai bercakap dah die *apa relationnya?*. Terpaksa meninggalkan UM, tinggalkan kawan-kawan tersayang dan musuh ketat, meninggalkan Flat Bukit Angkasa dan segalanya.

Dah beberapa hari dah bersengkang mata membanting tulang segala buat thesis, aku rasa aku dah persis Ngoc Thai yang dicanang-canang sebagai manusia yang tak pernah tido tu.....Sila klik link kalo nak berkenalan dengan beliau T_T

Memperkenalkan!!! Ngoc Thai. Mata tu ngah tahan ngantok tapi leyh tido *larikkkk. mati la kena dakwa kerajaan vietnam neh* T_T

OK, huhuuhuhu~hari Selasa lepas bersamaan dengan 6 April 2010 adalah hari terakhir kelas aku sem ni dan  last kat UM ni...T__T. Masa last class tu, ktorang sempat amik gambar beramai-ramai ngan Dr. Noni lam kelas Pharmaceutical Microbiology. 

Sila notis student belah kiri tuh. Merah je kan. Wow~ HOT! especially yang pakai spek berlengan pendek itu. hahahaha...

Bersama BFF saya yang termashur *bakal artis pelakon  popular akan datang* dan senior microbe yang paling hot abad ini, kak Mira. Ouchh~


Aku bersama my BFF artis popular dan Ghost Fish *that day she became Zombie* +_+


*pengsan*
Tapi bila tengok gmbar ni, terserlah kecantikan dalaman dan luaran die ni. hehehhee~ maka, Group facebook UM ♥ Leng Lui ♥ Leng Zaisila masukan gambar die ni dalam list leng lui ye!♥ ♥ ♥


Konklusinya, aku berasa amat sedih bila mengenangkan saat-saat dan detik-detik time kat UM neh. Ye la, banyak benda aku belajar kat UM neh, belajar tentang kehidupan, belajar tentang memahami ragam perangai manusia, belajar tentang erti sebenar persahabatan dan paling utama sekali belajar tentang ilmu-ilmu mikrobiologi  *ini sudah pasti, perlu ke mention* +___+.

Nanti la wat post kenangan-kenangan kat UM.
*nak korek gmbr lama-lama yang berusia berbillion tahun itu*


Dan petang tu, Aku, Lan, Yi Hui, Hee Hee, Sheng Yee dan Ying Ling, pegi dinner kat SS2. Hahaha~ dan kami *aku dan lan* dikejutkan dengan diorang yang pakai baju merah sume. So, xketerlaluan jika aku label dinner kali Dinner Semerah Padi. +_+ ok! Merepek! Next!


+_+ Ramai orang kan?


My BFF. Tetiba feeling fan The Red Devil!


Abaikan gmbr makanan tersebut. Tumpukan perhatian pada perempuan muka setengah pemegang chopstick itu.
wahahahaha!

Proudly present, ANG ANG ENTERPRISE!

Dan ramai jugak yang menyokong kami dengan berpakaian merah di hari tersebut,



+__+ *matila tangkap gambar orang sesuka suki* 

Hadoh, tangan dah sakit menaip sebab cedera parah time menyekeh kepala Izlan. Darah berdaulat katanya. +__+

Chow~!

♥  ♥  ♥
♥  ♥  ♥
♥  ♥  ♥

P/S: Perhatian buat Isst Petrellium, Izlan kepingin berjumpa anda before die packing barang balik kampung dan mari keluar makan katanya. Ayuh!

No comments:

Post a Comment

Leave your nice comments here~ hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails