*baca dengan mode serius*
Tetiba merasakan hari ni sangat stressful *xde lain citer ko neh, stressful je manjang*.. Antara komponen-komponen yang membawa kepada stress yang amat hari ini adalah seperti berikut : +__+
Yang paling major dan diletakkan di tangga paling atas, ialah THESIS yang masih belum menampakkan tanda-tanda akan siap dalam masa seminggu neh, sedangkan mungkin dalam minggu depan kot nak hantar. Tapi, literature review xsiap-siap lagi. Dan diakui tanpa sebarang bantahan mahupun objection, kesalahan tetap berpunca dari aku sendiri. Yang lebih memilukan *persis lagu awan terpilu akak ning baizura*, orang lain tengah bertungkus-lumus buat sedangkan aku sibuk buat benda lain dan kenapa aku mempunyai pengurusan masa yang sangat teruk dan still masih boleh bersenang-lenang. Kononnye nak dapat A segala bagai, tp where's your effort? Nun jauh di lapisan ke-tujuh bumi yang paling bawah.+__+.
Ade presentation lak selasa ni, kena wat slide, yang paling menyalakan api kestressan aku ni, terdapat insan berfikiran dangkal (?) yang tau nak maki hamun orang xtentu pasal, tanpa mendengar kite nye suggestion. And once hatiku tercalar *+__+ tercalar? pengsan* bkn mudah nak ok balik dan berbekas mungkin sehingga Earth Hour tahun depan +__+.
Mungkin xcukup tido. OK, part ni aku malas nak komen byk, ade yang ckp kena jumpe doktor, ade yang ckp kena fokus nak tido, ade ckp clear your mind, tapi .... tak boleh!!! tak tahu nak ckp camne lagi, I tried so many ways untuk tido tapi tak boleh, semengantok mane pon haku, tetap xdapat tidur dalam masa 30 minit terawal itu. Dah lah, malas nak komen byk, *kepala pun pening tidur tak pernah nak cukup*
As usual, lepas minum kopi malam tadi *as usual bermaksud, seperti biasa selepas minum kopi, dan bukan nya selalu minum kopi*, meninggalkan kesan ketidakselesaan kat perut aku hari ni, rasa macam hangin je perut neh. Kalo hangin-hangin ni, paham-paham je la. Malas nak citer panjang, kalau nak citer kena tukar adult setting plak kang, tp malas nak tukar-tukar setting sekarang ni. So, bile tak dapat tido, tambah perut macam rasa menggigil-gigil je, menambahkan ketensionan.
Pukul 12 lebih tengahari td, aku tido, dan terbangun kul 2 lebih, bila ak merasakan
kelibatsuara seseorang yang aku rasa xsuka berada dekat je ngan ak dalam keadaan sangat mengannoyingkan yang aku tak senang membuatkan fikiran aku terganggu buat kali yang ke berapa million ntah, dan nak tidur balik pun dan takde nafsu. Boleh je kalo nak tido balik, tp kena tunggu beberapa tahun kelajuan cahaya (?) baru dapat tidur balik.Motif ko sangat bergantung kat orang lain masa ni?at least not from people closed to me, for now. Wat la sendiri tanpa mengganggu emosi aku boley?
Time breakfast tadi, tetiba teringat exam dah tak lama dan satu habuk * opss silap, bukan satu habuk, malah sebesar zarah* pun tak ready lg. Pathogenesis susah tu menjadi paper pertama sem ni, dan sekali lagi fikiran aku cukup terganggu.
Masalah berkaitan kad bank. +__+
Ntah tetiba hari ni, kulit gatal sana, gatal sini...+__+ aiyok!!!rasa nak garu ngan pengkukur kelapa jah...
Merasakan di dalam dunia ini terdapat 2 kelompok manusia, dan dalam satu kelompok itu, tiada siapa yang ada kecuali aku seorang. Menyedari bahawa aku bersendirian and nobody at my side. Kosong, hanya ada aku dan kebencian aku pada kelompok tersebut. Walaupun aku punya teman rapat, tapi aku masih sendiri. Menyedari yang hanya aku yang berjuang untuk aku sendiri dan aku tidak berteman, seorang, menanti untuk rebah bersama-sama harga diriku....dan menanti untuk ditertawakan...sekalian makhluk alam.
Dan apabila kesembilan-sembilan faktor-faktor tersebut digabungkan, maka wujudlah satu perasaan di mana aku amat perlukan tempat untuk aku membuang jauh kesembilan-sembilan anasir-anasir ini mungkin di Niagara Falls, mungkin di Gurun Sahara, mungkin nun jauh di dasar laut jurang Mariana. Mungkin ada pada salah satu atau lebih dari satunya wujud kerna sikapku sendiri, tapi aku tak mahu itu, tak perlu, tak perlu dan sangat tak memerlukan benda-benda itu dalam hidupku.
*tetibe rasa post kali ni xde gambar*
so, untuk tidak mencemar duli, nah, icon kecik cukup untuk menyatakan perasaanku detik ini
No comments:
Post a Comment
Leave your nice comments here~ hehehe