Monday, April 5, 2010

Biggest Roti Tisu I Ever Had...


*tengah tunggu 30 minit untuk rendam baju dan roomateku Izlan sedang baring dalam keadaan tidur. Program mencuci pakaian berjemaah secara bergotong-royong. Disebabkan kesibukkan yang amat, longokkan baju yang dulunya sebesar zarah kini telah menjadi segunung harapan. *


Hrmm..Tajuk entry macam orang baru makan roti tisu kan? Hahahahahaha, memang! *ketawa jahat* And guess what, mungkin tidak bagi anda, tapi bagi aku, roti tisu tadi adalah yang paling besar dan panjang *huh? besar dan panjang? o.O* yang pernah aku makan seumur hidup. Al-maklum la, asal dari zaman batu, rumah pun rumah batu yang besar *riak dan takabbur* hahahahaha!!! Ok, Wan, Straight to the point please +__+


Hrmm...lebih kurang kul 1.00 pagi tadi waktu tempatan, aku, Izlan, Yi Hui (YH) dan roomatenya, Sheng Yee (SY) yang baru renovate rambut tu kuar pi supper. Supper ok, bukan dinner! Motip imagine perut aku yang boroi?! Huhuhu, lagipun YH dah janji nak belanja roti tisu sebesar ular sawa batik tu ^^. Orgasm makan roti besar tu...Diulangi, ORGASM!!!!


So, ktorang pun pegi SS2 kat restoran yang bertajuk Original Kayu Nasi Kandar.

 
Berseri-seri ok restoran dia. Di sinari dengan lampu neon yang bergemerlapan. +_+
Sila notis kat '24 jam' tu, bermaksud, korang boleh bawak bantal tilam anda ke sana sebab dorang bukak sampai pagi. Pastikan bawak jam loceng sekali.


 
See, dorang bawak kayu nasi kandar tu dari Penang ok! ORI! ^^ Notis kat cermin die tu, ada visa bagai, bukan pas visa pelancong ok. 


 
Tengok kerusi die. Siap ade 'Original Kayu'.

 
Teh Ais Fan Club Member!



Tertidur! *lama sangat tunggu roti tisu tak sampai-sampai* Dorang terlupe kot +__+
Biase la tu, mana-mana kedai makan pun camtu, lebey-lebey lagi time tu dah kul 1, tukang masak terlelap jap.

huhuhuu~ Dan dah remind balik baru la, roti tu sampai...jeng...jeng..jeng...waktu di tunggu-tunggu pun da sampai, gerangan roti tisu panjang yang di canang-canangkan tu dah sampai ^^.

Tadaaaaa~Hah kau! Tinggi budak 2 tahun k. +__+


 
Seperti biasa, sesi fotografi dulu ye. ^__^


 
 Bergambar lagi. 2 orang 'leng lui' UM. ^^


 
^^ Thanks to pekerja Original Kayu sebab amik gambar ni.
P/S: Harga roti tersebut: RM5

Finally, majlis perasmian oleh Yang Berhormat Dato' Lee Sheng Yee. 


^__^
oh ye, tengok rambut die, baru lepas renovation. 
T__T

Dan lepas tu kitorang pun makan dengan riang gembira bercampur hiba mengenangkan roti tisu yang makin habis T___T. Agak best la tempat ni, penataan cahaya yang bagus, terang je, ada tv plasma besar di merata-rata *merata-rata T___T* best untuk jadi tempat lepak tengok bola ataupun untuk kegiatan mengumpat dan bergosip-gosipan intelektual.

Roti habis, maka, kitorang pun berambus dari tempat kejadian dengan perasaan senang hati sebab kenyang perut.

"Gendang-gendut tali kecapi,
kenyang perut, senang hati"

So, sape-sape rasa nak tau lebih lanjut tentang ORIGINAL KAYU NASI KANDAR neh, nak tau menu, waktu beroperasi dan lokasi-lokasi cawangan dorang (kat SS2, Penang, Klang, PJ, Damansara, Cheras), sila klik link untuk melayari laman web dorang ni:


Hrmm..Maka tu je liputan Jalan-jalan Cari Pelanggan Makan episod kali ni. +__+ Sape-sape ade tempat makan yang ade roti tisu ke atau ape2 roti yang lebih besar dari yang kat tempat ni, sebesar alam mungkin, atau tempat-tempat makan yang menarik untuk dilawati, sila bagitahu kat aku ye.  Nak jalan-jalan carik makan tempat lain pulak. Sila message atau email aku lokasi nye. Krew kitorang akan sepantas kilat menerjah tempat berkenaan..^^





*matilaaa dah lebih sejam rendam baju +__+, lan pun dah lena dibuai mimpi basah, entah program gotong-royong ni jadi ke tidak T__T*

4 comments:

  1. tak ajak saya pun...
    T_____T

    heehee

    ReplyDelete
  2. i stil waiting for the GHOST pic.. lol
    rmb to wear the red shirt n camera ya...=b

    p/s: so difficult to drop the comment.. >__<

    from:
    ur dearest coursemate

    ReplyDelete
  3. kenape i'm dato? sepatutnya datin kan?
    lain kali jom pakai topi bersama-sama..

    SY

    ReplyDelete
  4. salam wan p.e

    ni uwais,i m currently in my 5th year of training already..tgh posting minor subj anaesthesiology(ntah betol ke x eja,maleh nak cek,tbe2 teringat yg i have a very good friend yg dah lame x jengok.

    nway,how's life?

    p/s : like reading ur posts(so much)

    ReplyDelete

Leave your nice comments here~ hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails